Apa Yang Kami Akan Lakukan untuk #IFD2020

Acara tahunan kali ke-enam Hari Fanworks Antarabangsa (IFD) akan berlangsung pada 15 Februari 2020 dan OTW (Penterjemahan) telah merancang pelbagai aktiviti untuk dilakukan sempena hari tersebut, termasuklah beberapa acara menarik yang baru serta lama. Tidak kira siapa pun anda atau dari mana anda berada, OTW berbesar hati menjemput anda untuk menyambut IFD bersama kami!

Lihat senarai maklumat di bawah untuk mengetahui apa yang akan diacarakan sepanjang minggu sehinggalah 15 Februari.

1. IFDrabble: Beberapa minggu yang lalu, kami mencari hasil karya fiksyen pendek, lukisan ringkas, serta hasil lain karya pendek peminat berdasarkan idea ringkas berikut: “Reaksi watak-watak apabila mereka mengetahui tentang kewujudan hasil karya peminat mereka sendiri.” Apakah kemungkinan yang bakal berlaku jika Aang dan rakan-rakannya menemui hasil karya peminat mereka sendiri dan mula membandingkan populariti masing-masing? Ataupun apa akan terjadi jika Bucky Barnes melayari Archive of Our Own – AO3 (Penterjemahan) dan mengetahui tentang rancangan Steve Rogers untuk kembali ke masa silam tanpa membawanya bersama?

Masih ada masa untuk anda menghasil dan menerbitkan hasil karya anda untuk cabaran ini, dan pastikan anda menggunakan tag AO3 ‘Hari Fanworks Antarabangsa 2020’ supaya kami boleh mencari hasil karya yang telah diterbitkan oleh anda. Penghasil video, pelukis, penulis, penulis podfic, dan semua pengkarya adalah dijemput untuk menyumbang bersama. Di laman media sosial, gunakan tag #IFDrabble dan siapa tahu? Kami mungkin akan membantu untuk melonjakkan hasil karya anda kepada semua. Kami akan memblog semula, twit semula, dan mengesyorkan semua IFDrabbles terpilih bermula daripada sekarang sehinggalah tiba hari IFD.

2.Trop Kegemaran Karya Peminat: Acara ini adalah khas untuk pencipta hasil karya peminat serta pengguna dan jawapan yang anda berikan boleh menjadi seberapa panjang atau pendek yang anda mahu. Berikut adalah langkah yang anda harus lakukan: masuk ke dalam laman media sosial atau tinggalkan komen anda di bawah dan beritahu kami tentang hasil karya peminat kegemaran anda. Adakah anda gemarkan kisah fix-it? Soulmarks? Omegaverse atau ABO? Atau mungkin anda peminat tegar kisah-kisah pengembaraan merentas masa. Tidak kira apa jenis trop yang anda suka, beritahu kami tentangnya dan kenapa anda sukakannya!

Jika anda menggunakan media sosial, jangan lupa untuk tag siaran anda dengan #IFD2020 supaya moderator media sosial OTW boleh mengesyorkan siaran anda di laman akaun rasmi.

Tetapi, bukan setakat itu sahaja. Mungkin anda mempunyai hasil karya khusus yang anda sangat gemarkan. Sekiranya ada, simpan (bookmark) hasil karya tersebut sekarang dan lihat acara yang kami akan adakan di bawah.

3. Festival Maklum Balas: Acara ini khas untuk semua pengguna hasil karya peminat! Festival Maklum Balas (Feedback Fest) memberikan anda peluang untuk meraikan hasil karya peminat kegemaran anda, dan juga memberi peluang kepada anda untuk mengetahui dan mendapatkan cadangan daripada peminat-peminat lain. Kami akan menerbitkan sebuah artikel mengenai Festival Maklum Balas pada 13 Februari dan menerangkan cara untuk anda menyertai dan berkongsi hasil karya peminat kegemaran anda kepada peminat lain. Sementara menunggu, anda boleh mengumpulkan semua hasil karya peminat kegemaran anda dengan menyimpannya di bookmark atau simpan URLnya.

4. Cabaran Fanlore: Fanlore juga turut terlibat dalam IFD! Setiap hari bermula 10 sehingga 16 Februari, Fanlore akan menerbitkan cabaran-cabaran yang berbeza di laman Tumblr, Twitter, Dreamwidth, dan Fanlore mereka sendiri untuk disertai semua penyunting. Sejauh mana anda kenali fandom anda sendiri? Inilah masanya untuk menyerlahkan pengetahuan anda dan menyumbang kepada Fanlore wiki!

5. Permainan dan Sembang Bersama Peminat: Pada hari IFD itu sendiri iaitu 15 Februari, pasukan OTW akan mengadakan sesi sembang di laman sembang Perbincangan Awam (Public Discussion). Sertai kami di antara jam 11 malam UTC pada 14 Februari (Jam berapakah di tempat saya tinggal?) dan 4 pagi UTC pada 16 Februari (Jam berapakah di tempat saya tinggal?) untuk menyertai acara permainan perkataan, cabaran berkarya, trivia dan perbualan langsung dengan peminat-peminat lain! Tempat untuk menyertai laman sembang ini adalah terhad dan pada tahun lepas, permintaan untuk menyertai laman sembang adalah tinggi, tetapi jika anda tidak dapat sertai pada kali pertama, sila cuba lagi kemudian! Laman sembang tersebut akan dikendalikan dalam Bahasa Inggeris oleh pasukan sukarela OTW. Kami akan menyiarkan maklumat lanjut tentang permainan dan aktiviti yang dijadualkan pada hari tersebut pada sehari sebelumnya.


OTW adalah organisasi bukan keuntungan yang juga merupakan organisasi induk pelbagai projek termasuk AO3, Fanlore, Open Doors, TWC, and Bantuan Guaman OTW. Kami adalah organisasi yang dikendalikan oleh peminat, dan disokong sepenuhnya melalui derma serta kerja sukarelawan. Ketahui lebih lanjut mengenai kami di laman web OTW.Untuk mengetahui lebih tentang pasukan penterjemahan sukarela kami yang telah menerjemahkan halaman ini, kunjungi laman Penterjemahan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *