
OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif) dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) sekarang telah melepasi tiga juta pengguna berdaftar!
Selepas dibuka secara umum kepada ahli-ahli pada 14 November, 2009, AO3 telah menyaksikan pertumbuhan dengan begitu cepat. Kami mencapai 1 juta pengguna berdaftar empat tahun lalu pada 31 Oktober, 2016 dan 2 juta pengguna berdaftar baru setahun lalu pada 17 Julai, 2019. Kami sangat teruja setelah mencapai rekod baru ini.
Kami semestinya tidak mampu melakukan semua ini tanpa anda semua, pengguna-pengguna kami, samada berdaftar atau tidak berdaftar, dan kami amatlah berterima kasih kepada anda semua kerana membantu kami untuk mencapai peristiwa penting yang menakjubkan ini.
Terima kasih atas semua sumbangan anda – karya-karya peminat anda, komen-komen anda, kurasi dan pengendalian koleksi anda. Kami berharap peristiwa penting ini adalah salah satu untuk lebih banyak lagi yang akan mendatang, dan anda akan terus bersama dengan kami maju ke hadapan.
Di kala kami sangat berterima kasih kepada semua pengguna AO3, terdapat banyak faedah dalam mendaftar akaun! Pertamanya, anda boleh mengakses karya-karya terhad. Sesetengah karya diterbitkan supaya ia hanya boleh diakses oleh pemegang akaun yang berdaftar masuk.
Keduanya, pengguna berdaftar mempunyai akses kepada tema AO3 yang boleh mengubah pengalaman membaca mereka dan membuat AO3 lebih senang diakses. Tema Reversi adalah versi mod gelap AO3, dan salah satu daripada pelbagai pilihan yang ada.
Ketiganya, anda boleh mendapat kemas kini untuk karya-karya atau pereka kesukaan anda dengan melanggan kepada mereka. Anda tidak lagi perlu untuk refresh laman secara manual untuk melihat jika fic yang anda sedang baca sudah dikemas kini: anda boleh mendapat notifikasi terus ke peti masuk anda. Semestinya, selain daripada tiga sebab ini, ada lagi sebab-sebab lain!
Terdapat banyak cara untuk menjadi pengguna berdaftar. Anda boleh memohon jemputan dari AO3. Anda boleh periksa masa menunggu pada laman Status Permohonan Jemputan. Jika anda merasa kurang sabar terutamanya, anda boleh meminta rakan-rakan anda salah satu daripada jemputan mereka! Banyak pengguna berdaftar mempunyai beberapa jemputan yang mereka boleh beri – jika anda tidak ingin masuk ke dalam senarai menunggu, cara ini adalah terbaik.
Sebagai terima kasih atas sokongan anda sepanjang tahun, kami telah mencipta skrin telefon dan desktop wallpaper untuk anda muat turun. Muat turun ke dalam alat peranti anda dan sertai sambutan kami!
OTW adalah organisasi bukan keuntungan yang juga merupakan organisasi induk pelbagai projek termasuk AO3, Fanlore, Open Doors, TWC, and Bantuan Guaman OTW. Kami adalah organisasi yang dikendalikan oleh peminat, dan disokong sepenuhnya melalui derma serta kerja sukarelawan. Ketahui lebih lanjut mengenai kami di laman web OTW. Untuk mengetahui lebih tentang pasukan penerjemah sukarela kami yang telah menerjemahkan halaman ini, kunjungi laman Penterjemahan.