
Anda mungkin telah mendengar khabar bahawa peraturan baru Kesatuan Europah atas perlindungan data, General Data Protection Regulation akan berlangsung pada May 25. Ia akan memberi kesan kepada laman dan organisasi di seluruh dunia, termasuk Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita).
Tumpuan utama GDPR adalah privasi data dan ketelusan, dan juga memberi pengguna lebih kawalan atas data mereka digunakan. Pasukan AO3 telah berkerja keras untuk mematuhi semua keperluan GDPR dan membuat informasi lebih mudah didapati tentang bagaimana kami boleh menggunakan data anda di seluruh laman. Di sini mengandungi informasi yang anda perlu tahu tentang perubahan yang akan datang.
Syarat-syarat Perkhidmatan
Kami baru sahaja mengemaskini syarat-syarat perkhidmatan (Updated our Terms of Service). Dalam kemaskini ini, antara perubahan lain adalah:
- Kami telah menambah informasi yang lebih jelas tentang bagaimana kami menggunakan data yang anda telah sediakan untuk menawarkan ciri-ciri yang tertentu – seperti mengesan di mana anda telah meninggalkan kudos dan untuk memaparkan kandungan yang anda sediakan di karya anda, komen dan laman profil.
- Kami menambah polisi umur baru (infomasi lebih lanjut di bawah).
Rumusan bagi semua perubahan dan pautan kepada dokumen penuh boleh didapati di pengumuman kemas kini Syarat-syarat Perkhidmatan (the Terms of Service update announcement). Semua pengguna yang mengguna AO3 akan diperlukan untuk bersetuju dengan terma baru tersebut.
Polisi Umur
Kami telah membuat polisi umur baru, iaitu yang disebut pada kemas kini Syarat-syarat Perkhidmatan kami. Ini akan mengubah had umur anda untuk membuat akaun AO3.
Walaubagaimanapun, umur umum minimum untuk membuat akaun AO3 akan ditetap pada 13 tahun, tetapi terdapat keperluan yang tertentu bagi mereka yang menetap di EU. Jika anda merupakan umur bawah 16 tahun dan hidup di Kesatuan Eropah, sila lihat umur terkini bagi negara anda bagi persetujuan bagi memproses data..
Anda mesti cukup umur untuk memberi kami persetujuan untuk menggunakan data dan untuk menggunakan AO3, jika tidak, kami tidak boleh menggunakannya secara sah, sebagai contoh, menyimpan kudos anda atau komen anda (walaupun sebagai tetamu). AJK Polisi & Aduan kami akan menghubungi pengguna jika terdapat alasan yang kami percaya yang mereka di bawah had umur negara mereka untuk persetujuan memproses data dan juga boleh padam akaun mereka jika diperlukan. Sekarang merupakan masa sesuai untuk anda melihat semula profil dan karya anda bagi informasi yang lama tentang umur anda.
Kami ingin meminta maaf atas segala kesulitan yang terlibat kepada pengguna Eropah kami yang sekarang akan menjadi bawah umur atas persetujuan tersebut di negara anda. Kami akan berbuka hati untuk menerima anda balik apabila anda sudah cukup umur untuk mengguna AO3 semula!
Persetujuan
Sebuah banner akan muncul tidak lama lagi untuk meminta anda untuk menerima Syarat-syarat Perkhidmatan baru kami. Ini akan menegaskan aspek yang penting tentang pemprosesan data yang kami lakukan di AO3 tentang karya anda, komen dan lain-lain. Dengan cara ini, semua orang boleh menyediakan persetujuan yang dimaklumkan apabila mereka menerima Syarat-syarat baru.
Nota penting tentang ini: Menurut GDPR, informasi tentang hubungan peribadi, kepercayaan, hubungan politik dan orientasi seksual telah dilabel sebagai “Kategori istimewa bagi Data Peribadi”. Kami tahu tentang pengguna kami mungkin sebut tentang infomasi berkaitan ini di profil mereka, karya, nota, tag, komen, penanda laman, dan lebih. Tolong beri lebih perhatian terhadap privasi peribadi anda apabila memasuki informasi tersebut di laman yang boleh di akses oleh awam. Informasi mana-mana yang anda terbit di laman yang boleh diakses awam akan menjadi didapati oleh semua orang.
Atas semua ini, AO3 tetap berdedikasi untuk menjadi sebuah tempat yang memelihara dan berkongsi fanwork. Kami juga bangga untuk memberi perkhidmatan peminat kepada peminat , format tersebut yang percuma dan memberi anda kawalan penuh atas semua karya anda. Kami tidak akan memaparkan iklan atau mengewangkan data pengguna dalam mana-mana bentuk dan kami tidak mempunyai keinginan untuk membuat demikian.
Ketahui dengan lebih lanjut
Bagi infomasi lebih tentang GDPR, tolong lihat Hak Komisyen Europah bagi Rakyat atau Infomasi GDPR di Wikipedia.
Jika anda ingin mengetahui lagi tentang bagaimana AO3 dan organisasi tanpa keuntungan ini, OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif) telah menyediakan untuk GDPR, sila Hubungi pasukan penasihat undang-undang Organisasi Karya-karya Transformatif . Jika anda mempunyai soalan tertentu tentang bagaimana ini mempengaruhi anda atau AO3, atau jika bahasa asal anda bukan Bahasa Inggeris dan anda perlu bantuan untuk memahami perubahan yang kami telah lakukan, tolong hubungi AJK Polisi & Aduan kami.
Jika anda terdapat sebarang pertanyaan tentang perubahan yang akan datang, sila tinggalkan komen di bawah.