Acara Maklum Balas Hari Fanwork Antarabangsa 2023

Selamat datang ke Acara Maklum Balas Hari Fanwork Antarabangsa untuk tahun 2023!

Dengan lebih dari 200,000 karya dalam Archive Of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) setakat ini dan peluang tak terkira dalam menjadi kreatif dengan watak-watak dan latar-latar kegemaran kita, Crossovers and Fandom Fusions (Gabungan Fandom dan Lakuran Fandom) merupakan antara trop paling popular di AO3. Kami mengongsikan tema untuk Hari Fanwork Antarabangsa tahun ini pada Januari adalah When Fandoms Collide (Apabila Fandom Bertembung), dan kami menjemput anda untuk menyediakan senarai-senarai cadangan gabungan fandom dan lakuran fandom kegemaran anda. Hari ini, kami sangat teruja untuk melihat apa yang anda kemukakan!

Untuk menyertai, tinggalkan komen anda di bawah dan kongsikan apa yang anda suka tentang cadangan gabungan fandom dan lakuran fandom anda. Adakah anda tertarik dengan keaslian mereka? Adakah mereka memperkenalkan anda kepada pasangan gabungan fandom baru yang kreatif? Atau adakah mereka mengajar anda mengenali watak kegemaran anda dari sudut yang lain?

Jangan lupa untuk menyertakan sekali pautan dalam komen anda ke semua cadangan anda! Jika anda lebih suka, anda boleh juga memaut ke pos cadangan yang anda telah buat di media sosial dan telah ditag #IFD2023 atau #IFDChallenge2023.

Semestinya, Hari Fanwork Antarabangsa bukan sekadar menyambut fanwork sahaja: ia juga untuk menyambut pereka-pereka! Jika anda ingin meluahkan penghargaan anda, tinggalkan kudos, penanda laman, atau komen pada hasil karya peminat yang anda kongsikan—atau pada mana-mana kegemaran baru yang anda temui daripada cadangan-cadangan orang lain.

Selamat bercadang!


OTW adalah organisasi bukan keuntungan yang juga merupakan organisasi induk pelbagai projek termasuk AO3, Fanlore, Open Doors, TWC, and Bantuan Guaman OTW. Kami adalah organisasi yang dikendalikan oleh peminat, dan disokong sepenuhnya melalui derma serta kerja sukarelawan. Ketahui lebih lanjut mengenai kami di laman web OTW. Untuk mengetahui lebih tentang pasukan penerjemah sukarela kami yang telah menerjemahkan halaman ini, kunjungi laman Penterjemahan.

Event

Comments are closed.