Bersukarela

Volunteering

Bolehkah saya menjadi sukarelawan untuk lebih daripada satu peranan?

Ya; ramai kakitangan OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif) mendedikasikan masa mereka kepada pelbagai peranan. Namun, kami meminta anda memandang serius terhadap tuntutan masa yang terlibat untuk peranan-peranan yang anda berminat dan masa yang anda perlu beri kepada organisasi ini. Ia boleh menjadi bernilai kepada sukarelawan kami dan pihak OTW apabila orang ramai berkhidmat dalam pelbagai peranan, tetapi kami juga ingin memastikan yang kami tidak membebankan ahli-ahli dengan terlalu banyak tanggungjawab. Semua huraian baru bagi jawatan kami memberikan anggaran masa yang diperlukan untuk peranan tersebut untuk membantu dalam mengendalikan jangkaan. Sukarelawan juga dicadangkan agar berbincang tentang pengambilan peranan tambahan dengan pengerusi jawatankuasa mereka.

Adakah terdapat had umur minimum untuk menjadi sukarelawan?

OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif) hanya boleh menerima aplikasi sukarelawan dari individu berumur 16 tahun ke atas. Peranan dan jawatankuasa yang tertentu mungkin terdapat syarat kelayakan yang mengehadkan penyertaan kepada individu berumur 18 tahun dan ke atas.

Adakah saya perlu berada di lokasi yang tertentu untuk menjadi sukarelawan?

Semua sukarelawan OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif) bekerja dalam talian, jadi anda tidak perlu berada di mana-mana lokasi tertentu. Asalkan anda mempunyai akses kepada sambungan internet, anda berada di tempat yang betul (dan anda akan dapat bekerja dengan ahli lain dari serata dunia)

Kebanyakan maklumat dalam laman-laman web anda adalah dalam Bahasa Inggeris. Adakah saya masih boleh menjadi sukarelawan jika Bahasa Inggeris bukan bahasa pertama saya?

Semestinya! Kami mengalu-alukan sukarelawan dari seluruh pelosok dunia dan daripada semua latar belakang. Sebagai organisasi yang berfungsi sebagai komuniti antarabangsa, kami mempunyai pengguna dan ahli yang mana bahasa pertama mereka bukan bahasa Inggeris, dan sesetengah jawatankuasa dan projek-projek kami mendapat faedah daripada sukarelawan yang mempunyai latar belakang dalam lebih daripada satu bahasa. Bahasa Inggeris merupakan ‘lingua franca’ untuk organisasi tersebut secara keseluruhan, oleh itu anda harus berkebolehan untuk bekerja dalam Bahasa Inggeris (tetapi ia tidak seharusnya perlu sempurna!). Jika anda mempunyai kebimbangan tertentu mengenai permohonan untuk peranan terbuka, sila memaklumkan Jawatankuasa Pengrekrutan Sukarelawan, dan mereka akan menghubungkan anda dengan pengerusi jawatankuasa tersebut.

Adakah saya memerlukan perisian atau peranti yang khas untuk menjadi sukarelawan?

Anda memerlukan akses kepada Internet yang stabil, atas sebab kami menggunakan perisian berasaskan web dan e-mel untuk berkomunikasi. Sesetengah peranan mungkin memerlukan akses ke laman-laman web atau perisian yang berlainan. Akses kepada alat-alat ini adalah percuma atau ditanggung oleh OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif).

Adakah terdapat kebimbangan pengaksesan berkenaan menjadi sukarelawan?

OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif) menggunakan beberapa alat-alat dalam talian pihak ketiga, seperti Basecamp dan Campfire, yang mungkin tidak boleh berfungsi dengan baik dengan sesetengah teknologi bantu. Sebahagian besar daripada kerja kami adalah berdasarkan teks, dan sesetengah peranan perlu bertindak pantas, dan memerlukan interaksi sosial dalam talian segera dalam bentuk perbualan berdasarkan teks.

Jika anda mempunyai soalan tentang perkara yang tertentu, sila hubungi kami dan kami akan membuat yang terbaik untuk membantu.

Saya berminat dengan peranan yang tidak disenaraikan pada masa ini. Bolehkah saya memohon juga?

Kami hanya menerima permohonan untuk peranan yang disenaraikan sahaja pada masa ini. Sebahagian daripada proses kami adalah hanya merekrut untuk peranan yang sedang menerima sukarelawan baru dan bersedia untuk melatih dan membawa mereka masuk. Namun begitu, kami menggalakkan anda untuk sentiasa menyemak laman sukeralawan dan Berita OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif) sekiranya peranan yang anda berminat mempunyai kekosongan. Jika anda mempunyai soalan lain yang tertentu mengenai peranan, anda boleh menghubungi Jawatankuasa Pengrekrutan Sukarelawan.

Saya tidak mempunyai kemahiran atau pengalaman yang diperlukan untuk peranan-peranan yang ada. Bolehkah saya masih memohon?

Walaupun kami mengalu-alukan sukarelawan yang ingin mencari pengalaman baru, sesetengah peranan kami tetap memerlukan tahap kemahiran dan pengalaman yang tertentu. Kemampuan kami untuk menerima individu yang masih bermula bagi peranan tertentu adalah bergantung kepada berapa ramaikah sukarelawan berpengalaman yang ada untuk melatih mereka. Syarat pengalaman dan masa untuk setiap jawatan dinyatakan dalam huraian jawatan tersebut.

Kami menggalakkan anda untuk sentiasa menyemak laman sukarelawan tersebut untuk peranan terbuka yang berpadanan dengan kelayakan anda. Jika anda mempunyai soalan mengenai syarat-syarat untuk sesuatu peranan, sila hubungi Jawatankuasa Pengrekrutan Sukarelawan.

Adakah saya harus menggunakan nama yang saya sedang gunakan dalam fandom atau dalam AO3 jika saya ingin menjadi sukarelawan? Adakah saya harus menggunakan nama AO3 saya yang sudah wujud untuk menjadi sukarelawan sebagai Penyelaras Tag?

Anda dialu-alukan untuk menggunakan apa-apa sahaja nama anda inginkan ketika anda menjadi sukarelawan. Sesetengah sukarelawan suka mengaitkan kerja mereka dengan identiti fandom mereka dan bagi yang lain lebih suka menggunakan nama sah mereka, lebih-lebih lagi jika mereka bercadang untuk menggunakan perkidmatan sukarelawan mereka dalam resume atau CV mereka. Anda dialu-alukan untuk membuat salah satu yang berikut, atau memilih nama yang serba baru untuk digunakan.

Jika anda diterima untuk menjadi sukarelawan sebagai Penyelaras Tag tetapi tidak mahu mengaitkan penyelarasan anda kepada akaun anda yang sudah wujud, pengerusi-pengerusi boleh memberikan anda satu jemputan untuk membuka akaun berasingan untuk tujuan penyelarasan. Jika anda ingin menggunakan akaun anda yang sudah wujud, ia tidak perlu sepadan dengan nama OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif) anda, tetapi sila ambil perhatian bahawa nama OTW anda mungkin akan berkait dengan nama Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) anda sepanjang kerja penyelarasan anda.

Harap maklum: Beberapa peranan yang terhad memerlukan anda untuk menggunakan nama sah anda, atas sebab mereka meliputi kerja dengan organisasi luar. Ini akan dinyatakan dalam huraian jawatan atau permohonan.

Apa akan berlaku selepas saya menghantar borang permohonan?

Ini bergantung kepada jenis peranan yang anda berminat. Selepas anda menekan hantar, laman tersebut akan memaparkan maklumat tentang apa yang berlaku seterusnya, dan anda akan dihantarkan satu mesej pengesahan automatik.

Untuk peranan-peranan yang mempunyai banyak kekosongan (cth. kumpulan sukarelawan, seperti penterjemahan atau penyelarasan tag): Jawatankuasa Pengrekrutan Sukarelawan akan menyalurkan permohonan kepada pengerusi jawatankuasa yang berkaitan dan/atau kepada ketua-ketua kumpulan sukarelawan. Pengerusi tersebut kemudiannya akan menemu bual calon-calon prospek untuk mengenal pasti jika mereka ialah pilihan sesuai. Kami akan memberi keputusan permohonan kepada semua pihak yang terbabit secepat mungkin.

Untuk peranan-peranan yang hanya mencari beberapa individu sahaja (cth. peranan kakitangan): Jawatankuasa Pengrekrutan Sukarelawan akan menyimpan kesemua permohonan dan menghantarnya kepada pengerusi yang berkaitan pada penghujung tempoh pengrekrutan. Pengerusi tersebut akan menemu bual calon-calon prospek untuk mengenal pasti jika mereka adalah pilihan sesuai. Kami akan memberi keputusan permohonan kepada semua pihak yang terbabit secepat yang mungkin.

Saya telah memohon tetapi saya belum mendapat apa-apa berita. Apa yang saya patut lakukan?

Semua permohonan akan menerima balasan automatik yang menjelaskan langkah-langkah seterusnya dalam proses. Untuk memastikan yang ia dapat dihantar, kami meminta anda whitelist e-mel daripada *@transformativeworks.org.

Jika anda tidak menerima sebarang balasan automatik dalam 48 jam, sila memeriksa penapis spam anda dan kemudian sila hantarkan e-mel kepada volunteers@transformativeworks.org dengan jawatan yang anda mohon beserta nama yang anda gunakan dalam permohonan.

Adakah saya akan dibayar untuk menjadi sukarelawan?

Tidak, tiada sesiapa dalam OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif) menerima pampasan kewangan bagi kerja mereka.

Saya mempunyai soalan mengenai menjadi sukarelawan yang tidak terjawab di sini.

Hubungi Jawatan Pengrekrutan Sukarelawan melalui borang hubungan tersebut dan kami dengan sukacita akan menjawabnya untuk anda, kebiasaannya dalam 1 minggu. (Jika anda menghantar soalan dalam bahasa selain bahasa Inggeris, respons mungkin akan mengambil masa sehingga 2 minggu.)