Soalan yang sering ditanya

Archive of Our Own (Arkib Milik Kita)

Mengapakah arkib yang lain?

Tujuan utama kami adalah untuk membuat sumber perisian yang terbuka, percuma dan baharu, untuk membolehkan para peminat untuk hoskan arkib mereka tersendiri yang kuat dan mempunyai ciri-ciri lengkap, yang boleh menampung beribu-ribu karya dan mempunyai ciri-ciri rangkaian sosial untuk membolehkan peminat untuk berhubung sesama sendiri melalui karya mereka.

Tujuan kedua kami ialah untuk menggunakan perisian ini untuk menyediakan tempat hos utama tanpa komersial dan juga tanpa keuntungan, untuk karya peminat dan karya-karya transformatif yang lain, dimana karya ini dapat dilindungi oleh advokasi OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif) dan mengambil kesempatan hasil kerja OTW dalam mengartikasikan hal ini demi kesahihan dan juga nilai sosial hasil kerja ini. Berbeza dengan arkib lain, Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) tidak dikendalikan oleh individu yang minatnya dalam fandom boleh berkurang, tetapi oleh sebuah organisasi bukan keuntungan yang dikendalikan oleh peminat-peminat berdedikasi daripada lembaga berputar. Kami berharap ini akan membawa kepada lebih banyak ketahanan dan kestabilan daripada beberapa arkib atau perkhidmatan lain.

Siapakah yang mendapat keuntungan dari AO3? Adakah pengguna perlu bayar?

Tiada sesiapapun, termasuklah OTW (Organisasi Karya-Karya Transformasi) sebagai sebuah organisasi, mendapat keuntungan daripada Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) ataupun kandungannya; sebaliknya, OTW membayar untuk menghoskan AO3. Iklan-iklan tidak dipaparkan. Sebaliknya, kami mengadakan pemacu ikrar gaya radio awam untuk meminta sokongan daripada pengguna kami. Tiada apa-apa sumbangan yang akan diperlukan untuk menggunakan AO3 atau mana-mana alatannya.

Mengapakah ia mengambil masa yang lama untuk membuat perisian arkib ini?

Membina jenis arkib yang dibayangkan oleh OTW (Organisasi Karya-Karya Transformative) bukan sesuatu proses yang mudah. Kami bukan hanya menyediakan arkib menggunakan perisian yang sedia ada, tetapi membina perisian arkib sumber terbuka yang direka khas untuk keperluan peminat, yang dapat dikendalikan dan diguna dengan mudah, dan dapat mengendalikan berjuta-juta karya dari ratusan ribu pengguna yang serentak.

Kerja ini sedang dilakukan oleh sekumpulan sukarelawan, termasuk sekumpulan pelatih yang sedang membelajar cara menulis dan menyelenggara kod, untuk membantu membina komuniti pembuat kod yang juga merupakan peminat. Ini adalah sekumpulan orang yang boleh membantu mengekalkan perisian arkib pada masa akan datang. Dengan kata lain, kami bukan hanya membina perisian arkib, kami sedang membina pembina perisian tersebut.

Kami juga telah mengambil masa untuk membangunkan polisi yang menyeluruh dan mesra peminat, dengan sebanyak mungkin input daripada peminat; anda boleh melihat hasilnya di Terma dan Syarat Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita).

Hal ini mengambil sedikit masa untuk dilakukan, tetapi kami benar-benar percaya ia bernilai. Anda boleh mengikuti perkembangan AO3 dalam newsletter kami dan blog kami. Untuk melibatkan diri anda, sila hubungi jawatankuasa Pengrekrutkan Sukarelawan.

Adalah OTW ingin menggantikan arkib yang lain?

Tidak. Sebaliknya, kami berharap para peminat akan mengguna perisian arkib kami, yang merupakan sumber terbuka dan percuma untuk digunakan dan diubah, untuk membina arkib mereka yang tersendiri.

Di Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita), kami berharap untuk membina arkib untuk pelbagai fandom yang mempunyai pelbagai ciri dan mesra peminat, dan boleh diukur, dan akan bertahan untuk masa yang lama. Kami ingin menjadi pustaka deposit fandom, tempat yang peminat boleh menyokong sesebuah karya atau projek yang sedia ada dan mempunyai pautan yang stabil, dan bukannya tempat di mana peminat hanya mempaparkan karya mereka. Ia bukan sama ada/atau; ia lebih lagi/lebih lagi!

Bagaimanakah saya hendak membuat akaun di AO3?

Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) telahpun masuk dalam beta terbuka pada November 2009. Untuk membuat akaun, anda memerlukan sebuah jemputan. Kami menggunakan sistem kod jemputan supaya AO3 dapat berkembang dengan cara yang terkawal. Kami perlu menambah pengguna baru secara beransur-ansur supaya nombor akaun kami tidak berkembang melampaui apa yang boleh ditampung oleh batas perisian, jalur lebar, bantuan dan sokongan kami. Hal ini membantu kami memastikan semua pengguna AO3 mendapat pengalaman yang terbaik mungkin. Sebaik sahaja anda menerima e-mel jemputan, klik pautan yang disediakan dalam e-mel untuk pergi ke halaman penciptaan akaun. Jika anda telah diberikan pautan jemputan oleh pengguna lain, klik pautan ini dan ia akan membawa anda ke tempat yang betul.

Saya mengendalikan sebuah arkib dan saya hendak mengimport/back up arkib tersebut ke AO3. Apakah yang saya perlu buat?

Sila hubungi Open Doors untuk mengakses alat mengimport. Sila beritahu kami seawal mungkin jika anda mempunyai keperluan khusus – contohnya, jika anda ingin kami mengambil alih penyelenggaraan domain lama, atau jika arkib anda mengandungi kandungan multimedia.

Fanlore

Apakah itu Fanlore?

Fanlore adalah sebuah wiki—laman berbilang penulis— yang ramai peminat boleh menyumbang. Matlamat kami adalah untuk rekod kedua sejarah dan keadaan semasa komuniti peminat— kerja peminat, aktiviti peminat, terma peminat, peminat individu dan acara berkaitan dengan minat. Untuk informasi lebih, lihat Laman tentang Fanlore dan Fanlore FAQ.

Apakah skop Fanlore wiki?

Skop bagi Fanlore wiki termasuk fandom dan kerja transformatif peminat pelbagai jenis. Kami mencari hos kontribusi daripada berbagai jenis peminat apabila mereka kongsi pengalaman mereka tentang sejarah komuniti fannish mereka. Semua peminat dijemput untuk berkongsi cerita mereka.

Apakah yang patut saya lakukan jika terdapat artikel atau informasi yang terhilang?

Semua peminat dan orang yang ingini boleh memberi sumbangan kepada Fanlore dengan membuat artikel atau menambah informasi kepada halaman yang sudah ada. Apa-apapun yang anda boleh menyumbang kepada pemeliharaan sejarah fannish disambut dengan mesra.

Saya ingin mengedit sesuatu halaman dalam Fanlore, tetapi saya tidak tahu caranya. Tolong!

Kami sentiasa gembira untuk meyambut pengedit yang baharu kepada Fanlore, dan kami mempunyai pelbagai sumber untuk membantu anda. Bermulalah dengan Tip-tip Kami untuk Melayari Fanlore dan Tutorial Pengeditan Asas, kemudian pastikan anda melayari halaman bantuan kami yang lebih terperinci. Anda juga akan ingin mebiasakan diri dengan polisi-polisi kami.

Setelah anda bermula mengedit, Cheatsheet Pengeditan Fanlore merupakan sumber yang amat baik – sama juga dengan senarai templat ini yang kerap digunakan dalam wiki. Jika anda memerlukan bantuan lanjut, anda boleh sentiasa menghubungi tukang-tukang kami untuk bantuan pengeditan. Halaman pendek dan/atau pengenalan adalah sentiasa disambut dengan mesra!

Adakah kami akan kaitkan identiti peminat dan identiti sebenar di wiki Fanlore?

Fanlore mempunyai polisi perlindungan identiti, yang memastikan peminat boleh mengasingkan nama samaran peminat dengan nama sebenar peminat jika mereka ingini. Tambahan pula, OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif) berdedikasi untuk melindungi keperibadian peminat, sama ada mereka merupakan pengguna perkhidmatan kami atau tidak. Jika sesuatu edit telah dilakukan di wiki yang mengaitkan identiti sebenar dan fannish tanpa pengesahan anda, sila menghubungi Fanlore dan kami akan bekerjasama dengan anda untuk menyelesaikan issue tersebut.

Mengapakah wiki hanya terdapat dalam Bahasa Inggeris? Bolehkah saya menyumbang editan dalam bahasa-bahasa lain?

Fandom adalah antarabangsa, dan kami menyambut sumbangan daripada peminat dari seluruh dunia. Pada masa ini, Fanlore merupakan sumber yang berbahasa Inggeris, walaupun pengedit memang digalakkan untuk mendokumenkan fandom, kerja peminat, dan komuniti peminat yang mungkin sebenarnya terdapat dalam bahasa-bahasa yang bukan Bahasa Inggeris. Jika anda inginkan nasihat atau bantuan dalam aspect dokumen tentang fandom yang tidak berbahasa Inggeris, ataupun berminat untuk bekerjasama dengan Fanlore untuk memperbaiki skop antarabangsa wiki, sila menghubungi kami.

Kewangan

Siapakah yang memperolehi keuntungan daripada pembentukkan OTW?

Dalam segi fiskal, tiada siapa yang akan memperolehi keuntungan tersebut. Hal ini kerana, OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif) merupakan organisasi tanpa keuntungan, jadi segala pendapatan yang diperolehi akan dimasukkan ke dalam tabung organisasi bagi menyokong kerja-kerja yang dilakukan oleh organisasi. Pada masa ini, OTW tidak mempunyai kakitangan yang bergaji dan segalanya dikendalikan oleh sukarelawan. Dasar konflik rasmi kami adalah seperti yang disyorkan oleh IRS Amerika Syarikat yang bersifat bukan keuntungan.

Di manakah OTW diperbadankan?

OTW (Organisasi Karya-karya Transformatif) diperbadankan di negeri Delaware, di Amerika Syarikat.

Mengapakah OTW memerlukan duit, dan apakah yang akan dibelanjakan?

OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif) menggunakan dana untuk membeli barangan dan perkhidmatan yang tidak dapat diberikan oleh sukarelawan. Antara perbelanjaan tersebut adalah seperti perbelanjaan berkaitan dengan operasi dan kos pentadbiran tertentu. Perbelanjaan operasi tersebut termasuklah pembelian perisian dan ruang pelayan bagi menghasilkan dan menyelenggarakan arkib. Perbelanjaan pentadbiran pula terdiri daripada pelbagai perkara biasa untuk organisasi tanpa keuntungan, seperti insurans, yuran pemproses bayaran, dan penyediaan taks dan perkhidmatan auditan.

Siapakah yang menentukan perbelanjaan OTW?

Lembaga pengarah yang bertanggungjawab dalam membuat keputusan ini sebagai kewajipan fidusiari. Lembaga bendahari pula dipertanggungjawab dalam pembentukan dan pelaksanaan perbelanjaan OTW, namun lembaga pengarah perlu mengundi dalam meluluskan perbelanjaan, termasuk perbelanjaan yang tidak dirancang. Untuk transaksi yang lebih kecil, lembaga pengarah akan mewakilkan tanggungjawab tersebut kepada ahli jawatankuasa OTW dalam menentukan barangan dan perkhidmatan yang diperlukan.

Bagaimanakah saya hendak menyumbang ke OTW? Bolehkah saya menyumbang jika saya tinggal di luar Amerika Syarikat?

OTW (Organisasi Karya-karya Transformatif) mampu menerima sumbangan dari seluruh dunia melalui sumbangan dalam talian, mahupun cek melalui pos ke peti surat kami. Sila lihat Sokong OTW untuk maklumat lanjut.

Proses pembayaran kami tidak akan mendedahkan maklumat peribadi seperti kad kredit atau nombor akaun bank kepada OTW. Cek peribadi yang diterima melalui pos semestinya mempunyai maklumat akaun pada mereka, tetapi maklumat tersebut tidak akan disimpan.

Adakah sumbangan ke OTW boleh ditolak cukai?

Ya, di Amerika Syarikat. IRS telah meluluskan status pengecualian cukai bagi OTW (Organisasi Karya-karya Transformatif) kepada status bukan keuntungan. Salah satu manfaat daripada status tersebut ialah sebarang sumbangan yang anda salurkan terhadap organisasi, termasuk yuran keahlian OTW anda sebanyak 10 USD, kini boleh ditolak cukai di Amerika Syarikat! Lebih baik lagi, sumbangan anda sebelum ini juga boleh ditolak cukai, sehingga tarikh kami diperbadankan: 5 September 2007.

Sila beri perhatian sekiranya anda berada di luar Amerika Syarikat, sumbangan anda mungkin atau mungkin tidak boleh dikurangkan cukai. Anda harus merujuk kepada penasihat cukai dan lihat sama ada pemberian kepada US 501 (c) (3) layak mendapat potongan cukai di bawah undang-undang tempatan anda.

Bagaimanakah OTW melindungi data yang dikumpul bagi individu yang membuat sumbangan?

OTW harus mengumpulkan maklumat tertentu (seperti nama, alamat, dll.) daripada penderma dalam mematuhi peraturan IRS. Memandangkan kebanyakkan peminat menggunakan nama samaran dalam kehidupan fannish, maklumat ini akan disimpan oleh OTW dan hanya boleh diakses oleh bendahari dan ahli jawatankuasa Pembangunan dan Keahlian OTW. Sumbangan tanpa nama pula hanya boleh dilakukan secara tunai.

Apakah langkah-langkah untuk melindungi pelaburan ahli-ahli?

OTW (Organisasi Karya-karya Transformatif) adalah sebuah organisasi tanpa keuntungan, tertakluk kepada undang-undang dan peraturan yang menetapkan tanggungjawab fidusiarinya dalam menjalankan aktiviti dengan berpegang pada kepercayaan orang ramai. OTW akan diperhati bukan hanya oleh para ahli dan peminat di luar organisasi, tetapi juga oleh IRS dan negeri Delaware, negeri penubuhan kami.

Terdapat beberapa perlindungan tambahan ditetapkan. Penyalahgunaan dana OTW merupakan penipuan dan boleh didakwa. Ia beroperasi sebagai langkah pencegahan. Pengagihan dana OTW akan mengikuti prinsip-prinsip perakaunan yang diterima umum berkenaan dengan pengawasan dan pengesahan perbelanjaan. Akhirnya, OTW dikehendaki untuk memfailkan Borang 990 dengan IRS setiap tahun untuk melaporkan aktiviti kewangan organisasi.

OTW menghasilkan laporan tahunan, yang merangkumi ringkasan aktiviti OTW bagi tahun sebelumnya, serta penyata kewangan organisasi. Ia disediakan setiap tahun di laman web OTW. Borang 990 merupakan dokumen awam namun ia tidak boleh diperolehi di laman web OTW, kerana ia mengandungi maklumat peribadi berkenaan individu yang tidak boleh didedahkan di Internet. Individu tersebut boleh memperolehi salinan laporan tahunan dan Borang 990 bagi kos salinan dan pos dengan menghubungi bendahari OTW. Sila masukkan “Annual Report/990” di bahagian tajuk berserta alamat surat-menyurat.

Undang-Undang

Mengapakah OTW mempercayai bahawa karya-karya transformatif adalah sah?

Hak cipta bertujuan untuk melindungi hak pencipta untuk mendapatkan keuntungan dari karyanya, selama jangka waktu tertentu, untuk mendorong usaha kreatif dan membahagikan ilmu pengetahuan yang meluas. Walau bagaimanapun, ini tidak menghalang hak orang lain untuk mempunyai respon terhadap karya asal, sama ada dengan ulasan kritis, parodi, atau, yang kami percaya, karya-karya transformatif.

Di Amerika Syarikat, hak cipta dihadkan oleh doktrin penggunaan adil. Kes perundangan Campbell v. Acuff-Rose berpendapat bahawa penggunaan transformatif menerima pertimbangan khusus dalam analisis penggunaan adil. Bagi mereka yang hendak membaca analisis undang-undang secara mendalam, maklumat lanjut boleh didapati di laman Analisis Undang-Undang Fanlore.

Apakah itu penggunaan adil?

Penggunaan adil adalah hak untuk menggunakan bahan berhak cipta tanpa keizinan atau pembayaran. Ini adalah had asas undang-undang hak cipta yang melindungi ekspresi bebas. “Fair use (Penggunaan adil)” adalah frasa Amerika, walaupun semua undang-undang hak cipta mempunyai beberapa had yang mengelakkan hak cipta sebagai penapisan swasta.

Penggunaan adil meggalakkan penggunaan yang (1) tanpa komersial dan tidak dijual untuk keuntungan; (2) transformatif, menambahkan makna dan mesej baharu kepada karya asli; (3) terhad, tidak meniru keseluruhan karya yang asli dan (4) tidak menjadi pengganti kepada karya yang asli. Bukan kesemua faktor ini diperlukan untuk penggunaan adil, tetapi ianya membantu, dan kami mempercayai bahawa karya peminat seperti di Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) dengan mudahnya layak sebagai penggunaan adil berasas kepada faktor-faktor ini.

Apakah kedudukan OTW mengenai plagiarisme vs fanfiction?

Terdapat perbezaan antara plagiarisme (penggunaan kata-kata orang lain yang tidak dikenalpasti, dipamerkan sebagai kata-kata sendiri), fanfiction (peminjaman unsur-unsur cerita yang dikenali atau jelas untuk menceritakan kisah baru melalui penulis fanfiction), dan petikan (penggunaan petikan kecil yang diakui atau jelas daripada karya orang lain).

Dengan “jelas” kami bermaksud bahawa walaupun penulis tidak meletakkan penafian pada karyanya, pembaca mengetahui bahawa dia tidak mencipta Wonder Woman atau Voldemort, ataupun frasa “Use the Force, Luke.”

Plagiarisme adalah penipuan dan menghalang pengarang asal menerima kredit untuk karya asalnya sendiri. Fanfiction dan petikan adalah penggunaan adil yang penting yang memberi pengakuan kepada pengarang asal dan karyanya. OTW (Organisasi Karya-karya Transformatif) tidak menyokong plagiarisme; kami menyokong fanfiction dan petikan.

Adakah OTW mencuba untuk mengubah undang-undang?

Tidak. Walaupun kes undang-undang di kawasan ini terhad, kami percaya bahawa undang-undang hak cipta yang sedia ada sudah menyokong pemahaman kami tentang fanfiction sebagai penggunaan adil.

Kami berusaha untuk memperluaskan pengetahuan hak-hak penulis peminat dan mengurangkan kekeliruan dan ketidakpastian mengenai kedua-dua pihak penulis peminat dan profesional mengenai penggunaan adil, kerana ia diaplikasikan kepada karya-karya peminat. Salah satu model kami ialah pembuat filem dokumentari pernyataan amalan terbaik dalam penggunaan adil, yang telah membantu untuk menjelaskan peranan penggunaan adil di pembuatan filem dokumentari.

Siapakah rakan kongsi undang-undang OTW?

Ahli Jawatankuasa Undang-undang OTW (Organisasi Karya-karya Transformatif) sedang berunding bersama Stanford Fair Use Project dan the Electronic Frontier Foundation.

Adakah OTW menyokong pengkomersialan fanfiction?

Misi OTW (Organisasi Karya-karya Transformatif) adalah, pertama dan paling penting, untuk melindungi penulis peminat yang bekerja semata-mata ikhlas dari cinta mereka dan menyiarkan karya mereka secara percuma dalam ekonomi hadiah fannish, yang ingin menjadi sebahagian daripada sesuatu masyarakat dan berhubung dengan peminat lain dan untuk meraikan dan memberi respons kepada karya media yang mereka nikmati.

Peminat-peminat ini mewujudkan komuniti yang aktif di karya yang mereka meraikan, bercenderung untuk menghabiskan banyak wang di atas karya asal dan barangan yang berkaitan, dan menggalakkan orang lain untuk membelinya juga. Mereka tidak bersaing dengan karya pencipta asal — sebenarnya mereka yang membantu mempromosikannya.

Walaupun beberapa karya transformatif berfungsi dengan sah di pasaran untungnya — parodi seperti The Wind Done Gone (mengulangi semula Gone with the Wind dari perspektif seorang hamba), sebuah analisis kritikal yang memetik secara meluas daripada “panduan tanpa kebenaran” yang asal, dan lain-lain — ini sebenarnya bukanlah apa penulis fanfic dan pereka peminat secara amnya lakukan atau ingin melakukan. Kami hanya ingin menikmati hobi dan komuniti kami, dan untuk berkongsi karya kreatif kami, tanpa ancaman yang berterusan daripada notis berhenti daripada peguam-peguam, yang tidak bergantung pada merit undang-undang, tetapi pada bahagian wang yang tidak seimbang di sebelah mereka.

Saya pencipta profesional. Adakah OTW sedang cuba memusnahkan hak cipta saya?

Tidak sama sekali. OTW (Organisasi Karya-karya Transformatif) tidak menentang hak terbitan yang membolehkan pemilik hak cipta untuk memberi kuasa kepada adaptasi filem di pasaran, atau membenarkan penulis untuk memberi kuasa kepada individu tertentu (seperti anak lelaki atau anak perempuan penulis) untuk menerbitkan sequel secara komersial. Pengasas Lembaga OTW ialah Naomi Novik, seorang penulis novel profesional, yang kerjanya di bawah hak cipta dan yang mempunyai kepentingan di kedua belah pihak.

Adakah projek advokasi undang-undang OTW bersedia untuk membantu peminat di luar Amerika Syarikat di mana undang-undang hak cipta adalah berbeza?

Kami benar-benar bersedia untuk membantu jika kami dapat mencari seseorang yang mempunyai pengetahuan undang-undang yang diperlukan. Mujurlah, rakan-rakan kami di Yayasan Frontier Elektronik (EFF) berusaha untuk membangunkan kepakaran undang-undang global, dan kami merancang untuk memanggil mereka dalam keadaan sedemikian. Dalam situasi apa pun, AS atau bukan AS, kami akan melihat apa yang boleh dilakukan berdasarkan fakta dan sumber kami.

Apakah perancangan anda untuk kes ujian?

Kami tidak mempunyai rancangan untuk kes ujian. Kami menumpukan kepada pembinaan hubungan dengan kumpulan advokasi undang-undang seperti EFF dan membangunkan sumber undang-undang kami sendiri.

Salah satu perkembangan yang paling menarik dan bermanfaat dalam hak cipta sejak akhir ini adalah pembangunan “amalan terbaik”, prinsip dan prosedur yang membuktikan penggunaan secara adil dalam penghakiman komuniti pengguna kreatif. Amalan terbaik bolehmempertahankan hak penggunaan adil walaupun tanpa litigasi — lihat pernyataan amalan terbaik dalam penggunaan adil. Pandangan kami ialah, sekurang-kurangnya, kegunaan fanatik transformasi bukan komersil, penggunaan adil, dan OTW akan mempertahankan kedudukan tersebut, sama seperti pembuat filem dokumentari menggunakan amalan terbaik mereka untuk membuat filem dan melakukan perniagaan tanpa litigasi.

Jika fanfiction adalah sah, tidakkah itu bermakna penerbit atau studio boleh menghasilkan karya terbitan tanpa mengkompensasi penulis asal?

Tidak. Keuntungan merupakan perkara penting, dan tahap kualiti transformatif juga penting: menceritakan cerita di sekitar api unggun, mengkongsikan fanfic bukan keuntungan dengan bebas, merumuskan plot dalam kajian buku, atau membuat filem dokumentari mengenai peminat tidak sama dengan perusahaan derivatif komersil utama seperti membuat sebuah series mini TV utama dari sebuah novel.

Saya tidak tinggal di Amerika Syarikat. Adakah sebuah konsep yang bersamaan dengan penggunaan adil di negara saya? Bagaimana mungkin ia berbeza daripada penggunaan adil di Amerika Syarikat?

Kebanyakan negara mempunyai pengecualian hak cipta untuk pelbagai tujuan. Di Eropah, istilah yang lebih umum adalah “fair dealing (pengurusan adil)”. Negara-negara berbeza dalam skop hak cipta dan pengecualian mereka.

Contohnya, di Kanada, sebuah parodi bukan pertahanan yang diiktiraf secara khusus terhadap pelanggaran hak cipta, walaupun ia boleh dikira pengurusan adil dalam keadaan yang sesuai. Australia mempunyai perlindungan terhad mengenai kebebasan komunikasi. Kajian Gowers dalam Harta Intelek di UK dijangka membawa perubahan dalam undang-undang UK mengenai parodi dan penggunaan transformatif.

Dalam kata lain, perkara ini rumit. Dan ia sentiasa berubah.

Sekiranya karya saya diterbitkan dalam Archive of Our Own (Arkib Milik Kita), apa yang akan dipakai—undang-undang tempatan saya mengenai penggunaan adil, atau undang-undang AS?

Kerana OTW (Organisasi Karya-karya Transformatif) dan pelayarnya berpusat di Amerika Syarikat, kami percaya bahawa undang-undang AS digunakan untuk kandungan dalam Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kitai), walaupun pengarangnya seorang pemastautin atau bangsa dari negara yang lain. Walau bagaimanapun, negara-negara yang berbeza membuat tuntutan yang berbeza mengenai jangkauan undang-undang mereka. Undang-undang asal negara anda mungkin digunakan untuk anda. Ini mungkin kerana beberapa bahagian dasar OTW lebih luas, atau mungkin lebih ketat daripada undang-undang bidang kuasa tertentu.

Pertubuhan lain yang melayani khalayak antarabangsa berhadapan dengan rejim undang-undang yang berbeza di mana pengguna mereka hidup, bekerja dan bermain. Sebagai contoh, Creative Commons telah membangunkan proses pelbagai langkah untuk “melancarkan” lesen mereka di peringkat antarabangsa dengan “ kedua-dua menterjemahkan lesen secara linguistik dan menyesuaikannya dengan undang-undang ke bidang kuasa tertentu.

Secara idealnya, kami ingin membangunkan proses yang sama di dalam OTW, tetapi pada masa ini, kami gembira dapat bekerjasama dengan rakan-rakan kami di EFF apabila terlibat dalam advokasi undang-undang di luar Amerika Syarikat. Jika anda ingin bekerja pada isu atau pendidikan undang-undang bukan AS, sila hubungi Jawatankuasa Sukarelawan.

Saya pencipta profesional. Adakah saya perlu mengelakkan membaca atau mengakui karya-karya peminat berdasarkan karya saya sendiri?

Ini merupakan keputusan peribadi. Jika ia akan mengganggu anda untuk membaca, melihat, atau menonton karya-karya peminat berdasarkan karya anda, maka jangan.

Penulis kadang-kadang dinasihatkan untuk mengelakkan membaca atau mengiktiraf fanfic mengubah karya mereka sendiri, kerana secara teorinya mungkin seorang penulis dapat membaca cerita, terus menulis sesuatu yang serupa, dan menghadapi tuntutan oleh peminat bahawa mereka menyalin karya peminat tersebut. Terdapat banyak sebab untuk menolak risiko ini, sekurang-kurangnya di mana kes undang-undang A.S. adalah berpihak dengan penulis pertama: tiada mahkamah akan menerima tuntutan bahawa karya seterusnya oleh penulis pertama dalam alam yang sama melanggar karya peminat. Antara lain, apabila orang mula dengan premis yang sama, tidaklah hairankan bahawa ia akan berakhir dengan idea yang sama – tetapi undang-undang hak cipta A.S. melindungi ekspresi khusus sesuatu idea, bukan idea-idea. Walaupun karya peminat serupa dengan karya yang kemudian di alam yang sama, kesamaan idea (katakan, bagaimana sihir berfungsi di Harry Potter) tidak mencukupi untuk tuntutan hak cipta.

Walau bagaimanapun, tidak dapat kemenangan tidak memadamkan kemungkinan seseorang boleh mengancam untuk mendakwa. Isu sebenar adalah bahawa bukan sekadarnya karya peminat sahaja untuk menjana ancaman! Jika penulis membaca surat peminat atau ulasan dalam talian, mereka mungkin menemui idea peminat tentang apa yang harus berlaku dengan watak, jika mereka membaca buku-buku lain, mereka mungkin menemui jalan cerita atau watak yang serupa dengan jalan cerita atau watak yang mungkin digunakan kemudian. Sebenarnya, kes pelanggaran pengarang-dan-pengarang yang biasa melibatkan dakwaan bahawa satu karya menyalin karya yang lain yang tidak berkaitan.

Misi OTW (Organisasi Karya-karya Transformatif) termasuk menerangkan perbezaan antara idea dan ekspresi. Ramai orang mungkin mempunyai idea yang sama tentang apa yang perlu berlaku pada musim depan siri House; tetapi jika mereka masing-masing menulis cerita yang berbeza menyatakan idea itu secara berbeza, maka cerita-cerita itu tidak melanggar satu sama lain.

Derma dan Keahlian

Bagaimanakah saya boleh menderma kepada OTW?

Untuk membuat dermaan, sila ke borang sumbangan kami.

Terima kasih atas sokongan anda! Jika anda mempunyai sebarang soalan atau masalah dalam membuat derma anda, sila hubungi pasukan Pembangunan & Keahlian kami.

Bolehkah saya menderma melalui cek? Di manakah cek perlu dihantar?

Ya, jika anda merupakan seorang residen Amerika Syarikat. Malangnya, kami tidak boleh menerima cek diluar Amerika Syarikat buat pada masa kini. Sila lengkapkan borang sumbangan kami dan tekan pilihan “I will send payment by check” (Saya akan menghantar bayaran secara cek), seterusnya hantar cek anda kepada:

Organization for Transformative Works, Inc.
228 Park Ave S #18156
New York, New York 10003-150
USA

Sumbangan Cek boleh mengambil selama 3 minggu untuk didepositkan. Jika anda mempunyai sebarang soalan, tolong hubungi pasukan Pembangunan & Keahlian kami.

Bolehkah saya menderma melalui wang tunai atau kiriman wang?

Ya, jika anda menderma menggunakan Dolar AS, tetapi wang tunai dan kiriman wang hanya boleh diterima sebagai sumbangan seorang yang bukan ahli. Bagi tujuan keahlian, kami perlu sambungkan bayaran anda kepada sebuah akaun bank atau kad kredit supaya kami boleh mengesahkan anda adalah orang yang benar dan merupakan seorang individu semasa kami menjalankan pilihan raya.

Untuk menderma, hantar wang kepada:

Organization for Transformative Works, Inc.
228 Park Ave S #18156
New York, New York 10003-150
USA

Jika anda mempunyai sebarang soalan tentang ini, sila hubungi pasukan Pembangunan & Keahlian kami.

Bolehkah saya menderma dalam mata wang selain daripada Dolar AS?

Ya, anda boleh membuat derma secara online menggunakan borang sumbangan kami. (Harap maklum bahawa kami tidak menerima wang tunai atau cek derma dalam mata wang lain selain daripada Dolar AS.) Apabila anda menderma menggunakan borang online kami, anda akan ditanya untuk menyatakan jumlah sumbangan anda dalam bentuk Dolar AS, selepas itu, anda boleh melengkapkan bayaran menggunakan kad kredit atau PayPal.

Sila hubungi pasukan Pembangunan & Keahlian kami atau hubungi Bantuan PayPal untuk bantuan lebih lanjut.

Adakah sumbangan kepada OTW mempunyai potongan cukai? Jika ya, apakah EIN anda?

Ya, jika di Amerika Syarikat. OTW (Organisasi Karya Transformatif) didaftar sebagai 501(c)(3) organisasi bukan untung. Oleh itu, semua derma yang kami menerima mempunyai potongan cukai. EIN kami di Amerika Syarikat adalah 38-3765024; ini juga akan termasuk dalam resit sumbangan anda untuk rekod anda.

Sila mengambil perhatian bahawa jika anda berada diluar Amerika Syarikat, sumbangan anda mungkin atau tidak mempunyai potongan cukai. Anda digalakkan untuk berunding dengan penasihat cukai anda dan melihat jika sebuah hadiah kepada sebuah organisasi bukan untung 501(c)(3) Amerika Syarikat layak untuk menerima potongan cukai dibawah undang-undang tempatan anda.

Sila hubungi pasukan Pembangunan & Keahlian kami jika anda mempunyai soalan lebih lanjut mengenai hal tersebut.

Mengapakah kami perlu mengisi nama dan alamat kami dalam borang sumbangan? Bolehkah saya menderma tanpa menggunakan nama?

Bagi sumbangan keahlian, kami perlu memaut setiap sumbangan kepada individu yang tertentu bagi tujuan undang-undang, bagi menggelakkan seseorang menyumbang beberapa kali dan mendapat hak lebih daripada satu undian. (Sila baca Mengapakah anda memerlukan yuran keahlian untuk memberi seseorang hak untuk mengundi dalam pilihanraya OTW? jika anda hendak mengetahui lebih.)

Maklumat anda selamat dengan kami dan kami mempunyai komitmen yang kuat dalam keselamatan data. Kami juga tidak akan mengaitkan identiti sah anda dengan identiti fannish anda. Sila baca Dasar Privasi bagi maklumat lebih lanjut.

Jika anda hendak menderma tanpa memberikan alamat anda, anda boleh membuat derma tanpa keahlian menggunakan wang tunai atau kiriman wang (hanya dalam Dolar AS). Sila rujuk kepada Bolehkah saya menderma melalui wang tunai atau kiriman wang? diatas.

Sila a href=”/?page_id=17507″>hubungi pasukan Pembangunan & Keahlian kami jika anda mempunyai soalan lebih lanjut.

Apakah perbezaan antara derma keahlian dan derma bukan keahlian?

Derma keahlian akan mendaftarkan anda sebagai ahli OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif). Anda boleh mengundi dalam pilihan raya tahunan kami bagi Lembaga Pengarah. Untuk maklumat lebih lanjut tentang proses pilihan raya kami, sila layari laman web Pilihan Raya OTW atau hubungi Pasukan pilihan raya.

Derma bukan keahlian, walaupun amat dihargai, tidak membuat anda sebagai seorang ahli OTW dan tidak memberi faedah mengundi.

Mengapakah anda memerlukan yuran keahlian untuk memberi seseorang hak untuk mengundi dalam pilihanraya OTW?

Seperti banyak organisasi bukan untung, OTW (Organisasi Karya-karya Transformatif) menggunakan yuran keahlian untuk menyemak bahawa setiap ahli merupakan seorang individu sahaja.
Ini adalah untuk menggelakkan seseorang individu daripada menggundi beberapa kali dalam pilihan raya kami.

Yuran ini juga akan disalurkan untuk membantu kami dalam menjalankan OTW― untuk membayar kos operasi bagi kedua-dua organisasi dan segala projek kami, supaya kami tidak perlu menggunakan iklan atau mengenakan caj kepada pengguna kami. Kami berniat untuk memastikan sumbangan minimum kami sekurang mungkin supaya ia tidak menjadi halangan bagi sesiapa yang mengambil berat tentang organisasi kami, tetapi kami juga harap kebanyakan ahli memberi lebih jika mereka berupaya!

Bolehkah saya membeli keahlian sebagai hadiah kepada orang lain?

Untuk memastikan semua ahli berundi OTW (Organisasi Karya-karya Transformatif) adalah seseorang individu yang benar supaya kami dapat mengendalikan pilihan raya dengan adil, kami tidak membenarkan keahlian diberikan sebagai hadiah. Namun anda dialu-alukan untuk menderma bagi mereka melalui borang kami, tetapi sumbangan ini tidak akan memberikan keahlian kepada mereka.

Adakah keahlian mendapatkan saya jemputan AO3?

Tidak. Keahlian OTW (Organisasi Karya Transformatif) dan akaun Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) tidak mempunyai sebarang kaitan. Untuk mendapat akaun AO3, sila masuk barisan jemputan. Sumbangan kepada OTW membantu kami memastikan AO3 berjalan lancar, oleh itu, kami mengalu-alukan sokongan anda tetapi kami juga komited untuk memastikan AO3 berkhidmat sebagai servis percuma kepada semua orang. Sekali lagi, derma individu dan akaun AO3 tiada kaitan.

Jika anda mempunyai soalan tentang jemputan AO3, sila hubungi Bantuan AO3.

Adakah keahlian OTW saya akan dikaitkan dengan akaun AO3 saya?

Tidak, keahlian OTW (Organisasi Karya-karya Transformatif) dan akaun Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) tidak berkait langsung. OTW amat menyokong hak peminat untuk membezakan identiti fannish dan non-fannish. Kami tidak akan mengaitkan kedua-duanya, dan pangkalan data yang mengandungi maklumat ahli OTW dan maklumat akaun AO3 diasingkan. Simpanan dan penggunaan data anda diawasi oleh Dasar Privasi kami.

Berapa lamakah tempoh bagi satu keahlian? Bagaimanakah boleh saya mengetahui jika saya dapat mengundi?

Keahlian anda akan berlangsung hanya selama satu tahun bergantung kepada sumbangan yang terakhir anda. Jika anda ingin menjadi ahli OTW dan derma anda diterima sebelum tarikh mati keahlian bagi pilihan raya tahun itu, yang diterbit oleh Pasukan Pilihan Raya OTW, anda boleh mengundi.

Jika anda tidak pasti bila sumbangan terakhir anda, sila hubungi pasukan Pembangunan & Keahlian kami. Jika anda mempunyai soalan tentang tarikh akhir keahlian atau proses pilihan raya, sila hubungi Pilihan Raya.

DI manakah sumbangan saya disalurkan? Bagaimanakah OTW membelanjakan duit mereka?

Sumbangan anda membantu operasi OTW (Organisasi Karya-karya Transformatif) dan projek kami.
Kami merupakan organisasi yang dijalankan oleh sukarelawan, maka kebanyakkan perbelanjaan kami disalurkan kepada perkembangan projek.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perbelanjaan terkini kami dan prospek belanjawan, sila lihat:

Jika anda mempunyai soalan lebih lanjut, silahubungi pasukan Pembangunan & Keahlian.

Bolehkah saya membuat derma khas untuk projek atau perbelanjaan OTW yang tertentu?

Buat masa sekarang, kami tidak berupaya untuk menetapkan sumbangan khas kepada sebuah projek atau perbelanjaan OTW (Organisasi Karya-karya Transformatif) yang tertentu. Terdapat beberapa perbelanjaan yang bukan untuk projek tertentu dan berkaitan dengan keseluruhan organisasi, contohnya: perisian yang sukarelawan kami menggunakan untuk menjadi tuan rumah mesyuarat dan membuat pelan, server hos yang berfungsi bagi kedua-dua dokumentasi dalaman dan kandungan Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita), dan juga firewall yang melindungi Fanlore, AO3 dan stor dalaman kami. Setiap derma disalurkan kepada pemeliharaan setiap perkara tersebut termasuk projek OTW yang lain.

Bagaimanakah boleh saya mendapatkan ringkasan bagi setiap derma saya pada tahun fiskal ini?
Apakah hadiah terima kasih? Bagaimanakah boleh saya mendapatkan satu?

Hadiah terima kasih merupakan sebuah barang pilihan yang anda boleh pilih untuk menerima jika anda menderma sebanyak US$50 dan lebih. Senarai hadiah yang boleh didapati kerap bertukar. Sila lihat borang sumbangan kami untuk mengetahui senarai terkini.

Saya telah membuat derma ulangan. Bolehkah saya mendapat hadiah terima kasih apabila sumbangan saya menjumlah kepada amaun tersebut?

Ya! Sila hubungi pasukan Pembangunan & Keahlian kami dan beritahu kepada kami hadiah mana yang anda menghendaki. Apabila anda telah mencapai jumlah sumbangan tersebut, kami akan menghantar hadiah kepada anda.

Bagaimanakah cara untuk menjadualkan derma berulangan (menderma US$__ setiap __ bulan)? Bolehkah derma berulangan berkira untuk keahlian?

Sila lihat borang Derma Berulangan kami untuk membuat derma berulangan.

Jika anda memilih pilihan keahlian, derma berulangan akan berkira untuk keahlian.

Bagaimanakah cara untuk membatal atau menukar jumlah derma berulangan saya yang telah dijadualkan, atau menukar kad kredit yang saya menggunakan?

Untuk membatalkan dermaan berulangan anda, pilih sumbangan terakhir anda di PayPal dan pergi ke “Manage payments for …,” (“Kendalikan bayaran untuk …,”), atau ke tab Payments (Bayaran) di laman Settings (Tetapan) PayPal anda. Ia tidak mungkin untuk menukar jumlah derma berulangan. Jika anda ingin menukarkannya, anda perlu batalkannya terlebih dahulu kemudian tetapkan yang baharu.

Untuk menukar kad kredit yang digunakan dalam sumbangan tersebut, anda perlu menukar butiran transaksi Paypal. Sila rujuk kepada Bantuan PayPal untuk maklumat lebih lanjut dan sila hubungi Sokongan PayPal untuk bantuan.

Jika saya menderma atas nama orang lain, adakah mereka mendapat notifikasi?

Tidak, memberi sebuah e-mel dalam sekyen “In Honor of’ (Atas nama) pada borang sumbangan adalah pilihan dan tidak menjana notifikasi, tetapi individu tersebut akan menerima e-mel am yang dihantar kepada semua penderma.

Saya tidak boleh menderma sekarang tetapi saya ingin menyokong kerja anda. Sebagai ganti, bolehkah saya sukarela dalam OTW?

Semua jawatan terbuka kami yang terkini telah disenarai pada laman Sukarelawan. Jika terdapat sebuah jawatan yang anda meminati tidak disenarai buat pada masa ini, lihat laman tersebut sekali lagi pada masa yang lain dan perhatikan pembukaan baru. Kami sentiasa menerbitkan maklumat tentang jawatan baru di berita OTW (Organisasi Karya-karya Transformatif).

Organisasi Karya-Karya Transformatif

Apakah itu OTW (Organisasi Karya-karya Transformatif)?

OTW (Organisasi Karya-karya Transformatif) merupakan organisasi tanpa keuntungan yang ditubuhkan oleh peminat-peminat untuk memberikan perkhidmatan kepada para peminat iaitu memberi akses kepada pemeliharaan sejarah karya peminat dan budaya peminat dalam pelbagai bentuk.

Mengapa OTW ditubuhkan?

OTW (Organisasi Karya-karya Transformatif) telah ditubuhkan bagi memastikan segala hasil karya fannish diiktiraf sebagai sesuatu yang sah dan transformatif, serta diterima sebagai aktiviti kreatif yang sah di masa hadapan.

Misi kami adalah bersifat proaktif dan inovatif dalam melindungi dan mempertahankan hasil karya kami daripada eksploitasi komersil dan tindakan undang-undang, serta mengekalkan ekonomi, nilai dan cara hidup kami dengan melindungi dan memupuk peminat kami, kerja kami, ulasan kami, sejarah kami , dan identiti kami, sambil memberikan akses yang paling luas ke aktiviti fannish untuk semua peminat.

Apa yang anda maksudkan dengan karya transformatif?

Karya transformatif mengambil sesuatu yang sedia ada dan mengubahnya menjadi sesuatu yang baru dengan tujuan, kepekaan, atau cara ekspresi yang lain.

Karya-karya transformatif termasuk tetapi tidak hanya terhad kepada karya fiksyen peminat, fiksyen orang sebenar, video peminat, dan karya seni peminat. OTW (Organisasi Karya-karya Trasformatif) berminat dalam semua jenis karya transformatif, tetapi keutamaan yang diberikan adalah untuk menyokong dan mempertahankan hasil karya yang didapati dalam arkib kami, dan peminat yang menghasilkannya.

Mengapa istilah ini dipilih?

Istilah transformatif ini dipilih secara khusus bagi menyerlahkan nama pertubuhan yang bersifat bukan keuntungan sebagai salah satu pertahanan daripada tindakan undang-undang. Hal ini termasuklah hasil karya fanworks yang pelbagai (termasuk fiksyen orang yang sebenar): bahawa mereka merupakan hasil transformasi berdasarkan bahan sumber asli.

Antara salah satu kegunaan bagi trasformasi, menurut Mahkamah Agung Amerika Syarikat, “menambah sesuatu yang baru, dengan tujuan lain atau watak yang berlainan, mengubah [sumber] dengan ekspresi, makna, atau mesej baru.” Cerita dari perspektif Voldemort adalah transformatif, begitu juga cerita tentang bintang pop yang menggambarkan sesuatu tentang sikap semasa terhadap selebriti atau seksualiti.

Mahkamah juga menganalisis tuntutan “hak publisiti” terhadap kerja-kerja kreatif dengan menggunakan ujian penggunaan transformatif dari undang-undang hak cipta. Hal ini juga boleh digunakan sebagai salah satu isu utama yang dihadapi bagi karya fiksyen berkaitan orang sebenar. Ini merupakan salah satu matlamat utama kami dalam mempertahankan hak kerja peminat untuk terus wujud, memiliki pertahanan utama bagi mereka dalam nama kami adalah penting kepada organisasi.

Adakah OTW mewakili semua fandom?

Adakah OTW mewakili semua fandom?

OTW (Organisasi Karya-karya Transformatif) tidak mewakili semua fandom. Hal ini kerana, fandom merupakan sesuatu besar sifatnya, tidak kira bagaimana anda mendefinisikannya. Buat masa ini, OTW ingin menyediakan ruang yang berguna, mudah dicari, boleh dipercayai dan stabil untuk semua karya peminat tanpa mengira tahap atau fandom, dan dalam jangka masa yang panjang memperluaskan kepada fanwork yang lain. Untuk berbuat demikian, kami cuba menubuhkan infrastruktur yang stabil dan dapat dipertahankan – iaitu OTW.

Kami mengalu-alukan semua fandom dalam projek OTW, Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita), Transformative Works and Cultures – jurnal TWC, dan Fanlore wiki. Kita semua terlibat dalam menghasilkan transformasi karya fannish melalui satu set isu undang-undang yang biasa; kami ingin membantu rakan-rakan peminat dalam hal berkaitan undang-undang.

Kami cuba mencari sekutu dan menghubungi sebelum berlakunya sebarang masalah, dan juga menjelaskan kepada seluruh dunia mengapa ia tidak akan menjadi suatu masalah, kerana peminat merupakan pelanggan setia.

Mengapa nilai dan pernyataan misi memberi tumpuan kepada peminat wanita?

OTW (Organisasi Karya-karya Transformatif) berakar umbi dalam komuniti peminat dengan sejarah selama puluhan tahun sebagai komuniti yang kebanyakannya terdiri daripada wanita. Hari ini, disebabkan oleh internet dan teknologi baru, di mana masyarakat dan minat mampu berkembang pesat dalam pelbagai cara dan melintasi dengan komuniti peminat yang lain dengan sejarah yang berbeza. Kami teruja dan berharap tentang cara komuniti kami berkembang dan bertemu dengan pelbagai budaya lain. Kami juga mengalu-alukan sesiapa yang mahu melakukan apa yang kami lakukan ini. Pada masa yang sama, ia penting bagi kita untuk mengakui bahawa komuniti kreatif ini adalah tempat yang dicipta dan dibentuk dengan begitu kuat berdasarkan citarasa wanita, kerana itu secara sejarahnya adalah perkara yang sangat jarang dan menakjubkan.

OTW menghargai semua peminat, dan sumbangan yang diberikan oleh peminat semua jantina. Oleh kerana OTW berkembang daripada amalan kerja penggulungan transformatif yang berakar dalam budaya wanita terutamanya, kami juga secara khusus menghargai sejarah penglibatan wanita, dan amalan fandom yang dibentuk oleh kerja wanita.

Banyak organisasi, termasuk Dana Pertahanan Undang-undang Komik, Akademi Seni dan Sains Machinima, dan Yayasan Frontier Elektronik, memberi tumpuan kepada isu dan kepentingan yang berkaitan dengan fandom; OTW secara khusus memberi tumpuan kepada isu-isu yang berkaitan dengan kerja transformatif fanfiction, video peminat, dan karya seni peminat.

Siapa yang berada di belakang OTW?

OTW (Organisasi Karya-karya Transformatif) adalah sebuah organisasi yang dicipta oleh peminat, untuk peminat. Ia dijalankan oleh lembaga pengarah. Lihat Tentang Kami untuk maklumat lanjut.

Siapa yang memilih Lembaga Pengarah?

Lembaga 2007-2008 telah dilantik untuk mendapatkan OTW (Organisasi Karya-karya Transformatif) dan memastikan ia berjalan dengan lancar. Semua ahli lembaga berikutnya dipilih oleh ahli OTW itu sendiri. Lembaga bertanggungjawab dalam menganjurkan jawatankuasa, membuat keputusan akhir, menyimpan rekod kewangan, mengendalikan pematuhan, dan sebagainya.

Ahli-ahli lembaga diminta untuk berkhidmat selama tiga tahun. Satu pertiga daripada Lembaga dipilih setiap tahun. Lembaga dipilih dari kalangan ahli dalam kedudukan yang baik yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya satu tempoh dalam jawatankuasa. Setiap ahli OTW mendapat satu undi dalam pilihan raya, tanpa mengira jumlah sumbangan mereka. Sekiranya anda berminat untuk bertanding sebagai ahli Lembaga, sila hubungi kakitangan Pilihan Raya. Untuk maklumat lanjut mengenai proses pilihan raya kami, sila lawati laman web Pemilihan OTW.

Bagaimanakah ahli jawatankuasa dipilih?

Lembaga akan menentukan jawatankuasa mana yang perlu diatur, kemudian melantik kerusi kepada jawatankuasa tersebut serta meluluskan ahli jawatankuasa yang dipilih oleh kerusi. Ahli jawatankuasa awal telah dipilih berdasarkan orang yang memberi tindak balas kepada orang awam pertama “Bersedia untuk Berkhidmat” memanggil sukarelawan.

Bolehkah saya bersukarela untuk membantu?

OTW kerap mencari sukarelawan untuk ahli jawatankuasa dan kedudukan yang berbeza. Untuk panggilan mengrekrut, sila rujuk kepada Laman Sukarelawan kami. Anda juga boleh mengubungi AJK Pengrekrutan Sukarelawan kami pada bila-bila masa.

Anda juga mungkin berminat dalam Fanlore iaitu wiki pemeliharaan fandom OTW, dan membantu menambah maklumat di sana. ( Senarai harapan Fanlore, merupakan tempat yang baik untuk bermula, di mana editor semasa memberitahu jika mereka inginkan bantuan).

Untuk lebih maklumat, sila kunjungi FAQ Sukarelawan. kami.

Siapakah yang boleh menggunakan perkhidmatan dan menjadi sukarelawan OTW?

Kami mengalu-alukan semua orang yang ingin membincangkan sumber-sumber (rancangan, band, atlet, anime, dll) dan fandom. Kami juga mengalu-alukan semua orang yang mencipta atau menikmati karya fiksyen peminat, video peminat, karya seni peminat, dan lain-lain hasil karya. transformatif.

Laman Web

Siapakah yang menterjemahkan laman web ini?

Penterjemah OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif) berkerja dalam dua peringkat: staf Translasi dan pasukan bahasa. Staf menyelaras tugas penterjemahan dan berhubung dengan jawatankuasa lain. Pasukan bahasa berbeza dalam saiz (dengan sekurang-kurangnya satu penterjemah dan satu pembaca beta) dan tergolong daripada sukarelawan yang merupakan penutur asli, atau fasih dalam bahasa selain dari Bahasa Inggeris.

Selain daripada laman web ini, penterjemah juga membantu membuat projek OTW yang lain seperti Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) mudah di akses oleh pembaca antarabangsa.

Mengapakah sebahagian kandungan hanya boleh didapati dalam bahasa Inggeris sahaja dan bukan dalam bahasa yang saya pilih?

Laman ini sedang diterjemah oleh sukarelawan pada masa bebas mereka. Kami telah membuat keputusan untuk melepaskan maklumat dasar dalam bahasa anda sebaik sahaja ia diterjemah, walaupun penterjemahan laman penuh tidak lengkap lagi. Kami sedang berkerja untuk memastikan semua kandungan sedia ada untuk anda, tetapi sila faham bahawa perkara ini memerlukan masa.

Soalan anda tidak dijawab?

Sila hubungi kami dengan soalan anda dan kami akan menjawabnya dengan hati yang terbuka.