Projek-Projek Kami

Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita)
AO3 menawarkan platform bukan komersial dan bukan bermotifkan untung untuk menerbitkan karya-karya peminat dan karya-karya transformatif yang lain dengan menggunakan sumber perisian arkib terbuka.

Fanhackers
OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif) menerbitkan blog untuk perbincangan topik meta dan perspektif fannish berkaitan dengan peminat dan pengajian media.

Fanlore
Fanlore, sebuah wiki untuk peminat, berdedikasi untuk memelihara sejarah karya-karya transformatif dan fandom-fandom dari mana karya-karya tersebut wujud.

Fan Video and Multimedia
Projek-projek multimedia kami merangkumi Fan Video Roadmap (Garis Panduan Video Peminat), Vidding History project (projek Sejarah Perekaan Video) berserta dengan Suite of Fair Use Vids (Dewan Ujian Video Penggunaan Adil), dan juga pelbagai laman yang menyediakan sumber-sumber berguna untuk rujukan peminat yang mereka video, termasuklah cadangan laman-laman yang sesuai untuk menayangkan video anda dan cara-cara untuk membenamkan video peminat di AO3.

Legal Advocacy (Bantuan Guaman)
OTW amat berdedikasi dalam melindungi dan mempertahankan karya-karya peminat dari eksploitasi komersial dan tindakan undang-undang.

Open Doors
Open Doors (Projek Pemeliharan Bahan-Bahan Digital dan Bukan Digital) menawarkan perlindungan kepada projek fannish yang menghadapi risiko. Subprojek kami termasuklah Fan Culture Preservation Project (Projek Pemeliharaan Budaya Peminat), yang memelihara fanzine (majalah yang dihasilkan oleh peminat) dan bahan lain yang bukan digital, dan juga GeoCities Rescue Project (Projek Penyelamat GeoCities).

Transformative Works and Cultures – TWC (Budaya dan Karya-Karya Transformatif)
TWC ialah jurnal ulasan akademik profesional yang bertujuan untuk menggalakkan biasiswa berdasarkan karya-karya peminat.