OTW Pos tetamu: Henry Jenkins

Dari semasa ke semasa, OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif) akan menganjurkan pos tetamu di akaun OTW News kami. Para tetamu akan memberi perspektif luar tentang OTW atau aspek fandom di mana projek kami mungkin akan muncul. Pos ini menyatakan tentang pandangan peribadi para pengarang dan tidak semestinya melitupi keseluruhan pandangan tetamu bagi OTW atau konstitut dasar OTW. Kami mengalu-alukan pandangan daripada peminat untuk pos tetamu bagi masa hadapan, yang juga boleh di tinggalkan sebagai komen di sini atau dengan
menghubungi kami secara langsung.

Henry Jenkins merupakan salah satu sarjana media yang terkenal dalam pengajian fandom. Buku 1992 beliau Textual Poachers: Television Fans and Participatory Culture telah dibaca oleh ramai di seluruh dunia dan merupakan salah satu dasar teks bagi bidang fan studies. Apabila kita menawarkan beliau untuk menyertai pos tetamu kami pada bulan ini bagi ulang tahun ke-10, beliau berkata “” Henry berbicara dengan kami tentang fans, pelajar, dan juga fandom.

Textual Poachers berterusan menjadi bacaan bagi pelajar secara besaran dan bagi mereka yang ingin tahu tentang fans dan fandom, tetapi beliau telah menulis sedozen buku semenjak dengan berbilang bilangan artikel. Apakah pendapat beliau tentang masa dahulu beliau sebagai penyelidik dan juga perserta?

Dari segi fandom, impak media digital telah menjadi lebih tegas: ini meluaskan skop fandom termasuk merapakan hubungan antara peminat di seluruh dunia; mencepatkan kelajuan tindak balas peminar dalam terma yang membolehkan bertindak dalam masa kini bagi program kegemarannya; membina tempat untuk karya peminat yang lebih terkenal bagi budaya yang makin membesar (bagi kebaikan dan keburukan); membenarkan orang mencari jalan ke dalam fandom pada umur yang lebih muda; dan menaikkan impak bagi fan activists untuk membantu menegaskan suara mereka bagi program yang dibatalkan. (Seorang tidak perlu melihat jauh lagi daripada putaran nasib dramatik bagi Timeless pada musim bunga yang lalu).

Dari segi akademik, pengajian akademik tentang fandom, kita telah lihat gabungan keseluruhan subbidang pengajian, yang mempunyai persidangan tersendiri dan organisasi yang profesional, jurnalnya tersendiri (termasuk Tranformative Works and Culture ), line terbitannya tersendiri, pelbagai kursus, dll. Pada tahun hadapan atau yang seterusnya, sekurang-kurangnya empat anthologies akademik terbesar yang berdedikasi untuk memeta bidang kajian fandom dan mewakili pelbagai inovasi dalam pelbagai bentuk, dan juga berjaya menyelesaikan isu-isu berkaitan kaum.

Anda sering terlibat dalam pelbagai projek yang tertumpu kepada peminat dan interaksi mereka bersama teks dan industri hiburan. Apakah perspektif yang telah diperolehi yang anda ingin berkongsi dengan para peminat?

Konsumer media pada masa kini mempunyai jangkaan mereka tersendiri tentang penglibatan yang berbaloi dan industri media juga mengenal pasti bahawa mereka perlu membina ruang dan tempat bernilai bagi penglibatan aktif penonton dalam landskap media. Tetapi terdapat berberapa bantahan tentang apa yang dikategorikan sebagai terma bagi penglibatan kita, dan bantahan tersebut akan menjadi punca perbalahan dalam beberapa dekad pertama abad ke-21.

OTW berada di barisan hadapan bagi rintangan tersebut dan mewakili semua peminat yang juga menghadapi cabaran penentangan hak intelektual regime studio-studio yang besar atau menghadapi pelbagai strategi komersial bagi tidak mengoperasi. Kita perlu sentiasa bertanya kepada diri, “Apakah yang kita mahukan?” dan menggunakan kuasa kerjasama kita dengan tegas apabila menghadapi kompromi yang mungkin akan menjejaskan tradisi dan gaya hidup kita.Fandom adalah sesuatu yang berbaloi dipertahankan.

Anda juga merupakan seorang guru selama beberapa dekad. Apakah yang anda merasakan perkara yang paling menarik apabila bekerjasama dengan pelajar yang berminat dengan fandom?

Apabila saya mula mengajar tentang hal ehwal fandom, tidak ramai pelajar yang mengetahui tentang fanfiction atau hasil-hasil peminat yang lain. Kini, hampir keseluruhan sarjana muda yang menyertai sudahpun tahu sesuatu tentangfandom, majoriti daripada mereka pernah membaca fan fiction, dan juga ramai mengetahui penulis yang menulis karya tersebut.

Apabila saya mengajar seminar khas bagi graduan tentang fandom, para pelajar ”aca-fans,” mencari jalan untuk menemukan identiti peminat mereka dengan kajian PhD mereka. Sejak kebelakangan ini, kebanyakannya datang dari luar Amerika Syarikat, terutama dari Asia, dan juga Europe dan Amerika Latin, dan saya juga suka mendengar pengalaman mereka apabila mereka mencapai kematangan ketika menjadi seorang peminat dan dapat perspektif dalam debat asas dalam bidang tersebut.

Bagaimana anda mula mengetahui tentang OTW dan apakah pandangan anda tentang peranannya?

Khabar tentang OTW bermula di melalui pelbagai sumber, kebanyakannya mungkin dari urusan saya bersama Escapade,tetapi juga melalui rakan sekerja yang pada masa itu sedang terlibat. Saya berasa amat teruja apabila diberitahu tentang gabungan rangkaian advokasi peminat, yang membawa bersama para penguam fannish yang ingin membantu dalam mempertahankan hak kami sebagai peminat; pakar dalam kalangan peminat menerbitkan karya mereka melalui jurnal; peminat yang mengendalikan pengaturcaraan menggunakan kemahiran mereka untuk menyokong komuniti ini, dan juga, sebuah arkib dimana peminat mengawal apa yang berlaku kepada karya mereka tanpa gangguan web 2.0. Semua ini adalah penting dari segi yang berlainan tetapi apabila digabung sama, organisasi ini menjadi kuasa transformatif dalam semua deria perkataan, bagi peminat dan hak mereka untuk melibatkan diri.

Anda berada di papan editorial bagi Transformative Works and Cultures – TWC(TWC) dan bersama Sangita Shresthova, editor tetamu isu ke 10. Bahagian manakah yang paling mengembirakan anda selepas mengedit isu tersebut?

TWC mempunyai antara sistem peer-review paling kuat yang pernah saya temui di jurnal akademik. Saya memberitahu anak murid saya bahawa itu ada sebuah tempat yang bagus untuk menerbitkan karya-karya mereka yang pertama kerana mereka akan dapat banyak maklum balas yang konstruktif dan akan menerima banyak bantuan dalam memperbaiki esei mereka sebelum diterbitkan. Saya juga lebih menggemari TWC kerana merupakan sumber terbuka dan mudah diakses untuk peminat yang bukan pelajar melalui internet.

Kerja kami dalam Harry Potter Alliance dan bentuk aktivis peminat yang lain mendorong kami untuk lebih mendalami kehidupan politik pemuda Amerika, yang merupakan hasil karya terkini kami, By Any Media Necessary: The New Youth Activisim. Kami bertulis tentang HPA sebagai modal aktivis para peminat, tetapi kami juga menulis tentang kanak-kanak halimunan, orang yang menjadi pemimpi, dan orang Muslim Amerika, dan menjumpai tema berkaitan antara semua kumpulan tersebut. Konsep terutama kami adalah, “imaginasi sivik,” yang merupakan inspirasi daripada frasa J.K. Rowling, “Imagine better,” di mana HPA telahpun mengambil dan menggunakannya. Para kolaborator dan saya sedang dalam proses mengedit casebook tentang budaya terkenal dan imaginasi civic, sambil meneroka bagaimana kumpulan aktivit di seluruh dunia mengurus dan mencampurkan semula sekali lagi budaya yang terkenal supaya mesej penting yang hendak disampaikan dapat ditekankan. Terdapat beberapa yang merupakan kumpulan peminat, tetapi kebanyakan bukan, walau bagaimanapun, saya tidak memberikan banyak perhatian tentang pekembangan tersebut jika saya tidak melibatkan diri fandom seperti sekarang.

Apakah perkara fandom yang telah memberi inspirasi kepada anda, sama ada pada masa kini atau pada masa yang laim?

Saya tidak pernah berhenti berasa kagum kerana fandom menyediakan platform untuk pembelajaran bagi ramai orang dalam pelbagai cara. Asalnya, saya berminat dalam cara-cara fandom menyediakan mentor untuk memperbaiki cara penulisan,mengedit video, dan proses-proses kreatif yang lain, dengan proses pembacaan semula dan mentor, peminat diberi sebagai contoh terbaik dalam sistem pembelajaran antara rakan sebaya.

Beberapa tahun dahulu, fandom memainkan peranan penting dalam membantu kebanyakan wanita mendalami ruang siber, mengatasi perkara yang dikenali sebagai pembahagian jantina secara digital. Fandom juga menyediakan platform yang selamat bagi orang yang bekerja mengikut jadual dalam jantina dan politik seksual pada tahun 1980 dan 1990, membantu wanita terutamanya untuk menyatakan fantasi seksual mereka dan membuka minda mereka kepada alternatif yang dahulunya tertutup. Fandom dalam segi ini berfungsi sebagai sesuatu yang kumpulan kesedaran untuk feminis.

Fandom juga merupakan akademi kepimpinan, membantu wanita untuk memperoleh kemahiran keusahawanan dan dalam menjadi seorang aktivis yang telah membantu dalam membesarkan suara dan pengaruh mereka dalam budaya tersebut. Fandom menonjolkan fungsi ini pada usia yang awal kerana fandom di atas talian membenarkan pelajar sekolah menegah mencari jalan untuk ke komuniti yang lebih besar. Fandom tidak boleh memuatkan keperluan semua orang, dan hal ini tidak selalunya dikenal pasti secara practikal, tetapi sejak kebelakangan ini, saya telah sedar bahawa ramai orang yang telah membesar dan telah belajar melalui pengalaman fannish mereka, dan OTW memberi peluang untuk menyebarkan kemahiran peribadi dan profesional untuk menyumbang semula ke dalam komuniti mereka.


Untuk mengetahui lebih lanjut, sila ke pos tetamu awal

Pos berita ini telah diterjemah oleh penterjemah sukarelawan OTW. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kerja kami, sila keLaman penterjemahan di transformativeworks.org.