Kempen Keahlian Organisasi Karya-karya Transformatif, 19 - 23 April 2018

Menunjuk-nunjuk dengan Hadiah Penghargaan OTW Baharu!

Tengok!: Bulan ini, OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif) menampakkan beberapa hadiah baharu yang hebat, yang bertemakan projek OTW kami. Hadiah-hadiah ini boleh diperolehi apabila anda memberi sumbangan hari ini!

Terangkan penghargaan anda terhadap karya-karya transformatif! Dapatkan lampu suluh LED yang dicop dengan logo projek OTW dan tunjukkan sokongan anda untuk mana-mana projek yang berikut:

  • Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita), pusat untuk karya-karya transformatif seperti fanfic, fanart, fanvid dan podfic
  • Fanlore, projek komuniti berasaskan wiki yang memeliharakan sejarah peminat
  • Fanhackers, sebuah blog yang dicipta untuk memudahkan kajian fandom
  • Legal Advocacy (Bantuan Guaman), satu pasukan guaman yang berdedikasi yang ditugaskan untuk melindungi karya-karya peminat dan mempertahankan hak peminat yang menciptakannya
  • Open Doors (Pintu Terbuka), sebuah projek yang memelihara dan mengekalkan suara fannish dengan mengimport kandungan berisiko kepada AO3 dan juga menyelamatkan artifak fizikal sebenar
  • Transformative Works and Cultures – TWC (Karya dan Kebudayaan Transformatif), sebuah jurnal akademik antarabangsa, yang diulas semula (peer-reviewed) dan terbuka, yang berdedikasi untuk mempromosikan pengajian dalam bidang kajian peminat

Tidak tahu mana satu anda ingin pilih? Anda juga boleh mendapatkan satu set pelekat baharu kami, yang memaparkan semua projek ini, termasuk logo OTW! Seperti semua hadiah terima kasih kami, jangan lupa bahawa anda selalu boleh menubuhkan derma berulang sehingga mencapai taraf untuk menerima item kegemaran anda.

Koleksi logo untuk Organisasi Karya-Karya Transformatif, <i>Fanlore</i>, <i>Fanhackers</i>, Bantuan Guaman, <i>Open Doors</i>, Arkib Milik Kita, dan Karya dan Kebudayaan Transformatif”></p>
<p>Kerja yang dilakukan oleh projek-projek ini tidak dapat menjadi kenyataan tanpa anda. <a href=Sokong OTW hari ini!

OTW adalah organisasi bukan keuntungan yang juga merupakan organisasi induk kepada pelbagai projek termasuk AO3, Fanlore, Open Doors, TWC, and Bantuan Guaman OTW. Kami adalah organisasi yang dikendalikan oleh peminat, dan disokong sepenuhnya melalui derma serta kerja sukarelawan. Ketahui lebih lanjut mengenai kami di laman web OTW. Untuk mengetahui lebih tentang pasukan penterjemah sukarela kami yang telah menterjemahkan halaman ini, kunjungi laman Penterjemahan.