Amicus Curiae meringkas tentang kes berkaitan hak U.S atas undang-undang penerbitan

FX Networks, LLC AND Pacific 2.1 Entertainment Group, Inc. v. Olivia De Havilland, DBE

Penasihat undang-undang OTW telah bekerjasama dengan Electronic Frontier Foundation dan Wikimedia Foundation mempertikaikan berkenaan Pindaan U.S dalam melindungi hak untuk menghasilkan karya ekspresif tentang orang sebenar. Hak undang-undang penerbitan ini juga tidak boleh digunakan untuk menghalang orang daripada membuat docudramas dan karya sejarah fiksyen dan biografi lain.

Facebook, Inc., and Does One through Fifth, inclusive, v. Jason Cross aka Mikel Knight; 1203 Entertainment, LLC, and MDRST Marketing/Promotions, LLC

Pada Januari 2017, OTW telah bergabung bersama beberapa sekutu dalam sebuah amicus brief bagi kes Cross v. Facebook. Ringkasan tersebut menghasilkan dua hujah tentang penyalahgunaan hak undang-undang penerbitan. Hujah pertama adalah tentang hak penerbitan tidak boleh digunakan untuk menghalang komunikasi di media sosial yang tidak berkomersial tentang mereka. Hujah kedua adalah tentang Sekyen 230 oleh Akta Kesopanan Komunikasi U.D, yang menyediakan “safe harbor” bagi laman web yang menjadi hos kandungan pengguna (seperti laman peminat dan media sosial), melindungi laman tersebut daripada liabiliti kandungan pengguna yang melanggar hak penerbitan.

Davis v. Electronic Arts

Bersama dengan Electornic Frontier Foundation dan Comic Book Legal Defense Fund, OTW (Organisasi Karya-karya Transformatif) telah meminta Mahkamah Tertinggi U.S untuk menyelesaikan perselisihan di antara Mahkamah U.S lain tentang Pindaan Pertama bagi melindungi hak kebebasan bersuara apabila menggunakan nama atau identiti orang lain tanpa melanggar hak penerbitan mereka. Ini merupakan antara usaha berterusan OTW dalam memastikan Pindaan Pertama dapat melindungi kebebasan bersuara secara meluas mengenai orang yang terkenal.

Penasihat undang-undang OTW bersama dengan Electronic Frontier Foundation (EFF), telah memfailkan sebuah ringkasan amicus dalam mencari pendengaran semula bagi kes Davis v. Electronic Arts. Kes tersebut melibatkan hubungan antara Pindaan Pertama yang memastikan hak kebebasan berekspresi dan hak undang-undang penerbitan yang mengehadkan bagaimana nama, persamaan, dan persona yang boleh digunakan. Ringkasan tersebut berhujah bahawa Ninth Circuit U.S patut membicarakan semula kes tersebut kerana keputusan daripada kes tersebut telah mengakibatkan ketidakseimbangan yang mampu menjejaskan pencipta yang ingin menghasilkan karya ekspresif tentang orang sebenar. Berdasarkan keputusan sedia ada, ringkasan tersebut berhujah, “seorang artis yang mencipta sebuah karya tentang orang sebenar tidak mengetahui bagaimana sesuatu mahkamah dapat menilai liabiliti ke atas kesamaan terhadap watak-watak tersebut, terutamanya jika pereka tidak dapat menentukan hak bidang kuasa yang mungkin akan dianalisis.” Ringkasan tersebut telah meminta mahkamah untuk mendengar semula kes bagi melindungi artis yang ingin mencipta gambaran realistik orang sebenar dan melindungi ekspresi kreatif daripada menyalahgunakan hak penerbitan.

Ryan Hart vs. Electronic Arts, Inc.

OTW telah mengemukakan sebuah ringkasan amicus bersama Digital Media Law Project dan International Documentary Association serta sepuluh profesor undang-undang, berhujah bahawa penggunaan EA dalam permainan video bola sepak menggunakan data/deskripsi yang dilindungi oleh Pindaan Pertama. Pindaan Pertama memberi perhatian yang tinggi terhadap EA dan orang ramai kerana golongan ini mampu menggabungkan maklumat berkaitan fakta seperti ketinggian, berat, nombor jersi, dan pasukan ke dalam ciptaan kreatif mereka.