Legal Advocacy (Bantuan Guaman)

OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif) percaya bahawa hasil kerja peminat adalah sesuatu yang kreatif dan transformatif, nilai-nilai yang penting untuk penggunaan wajar, dan oleh itu OTW proaktif dalam melindungi dan mempertahankan hasil kerja peminat ini dari eksploitasi komersil dan cabaran undang-undang. Bantuan ini tidak terhad kepada peminat atau projek yang berkaitan langsung dengan OTW.

Misi Jawatankuasa Undang-undang OTW termasuk pendidikan, bantuan, dan advokasi.

  • Kami membuat dan menyiarkan bahan pendidikan mengenai perkembangan dalam undang-undang berkaitan fandom di transformativeworks.org dan di archiveofourown.org.
  • Kami membantu peminat-peminat individu apabila hasil kerja mereka dicabar, kami menjawab soalan peminat tentang undang-undang yang berkaitan dengan hasil kerja mereka, dan kami membantu peminat mencari representasi undang-undang.
  • Kami bekerjasama dengan pertubuhan dan gabungan advokasi lain di Amerika Syarikat dan di seluruh dunia.
  • Kami menyokong undang-undang dan dasar yang mendorong keseimbangan dan melindungi hasil kerja peminat dan fandom.
  • Dan banyak lagi!

Kerja bantuan guaman kami termasuk:

Mendapat pengecualian kepada DMCA Amerika Syarikat yang membenarkan pembuat-pembuat remix yang bukan komersial untuk mengelakkan kelindungan salinan pada Blu-Rays, DVD, dan bahan yang diedarkan secara online
  • 2017-2018 Petisyen kepada Pejabat Hak Cipta tentang pengecualian DMCA untuk pembuat remix bukan komersial
    • Mac 2018 Komen
    • Disember 2017 Komen
    • Julai 2017 Petisyen
  • 2014-2015 Petisyen kepada Pejabat Hak Cipta tentang pengecualian DMCA untuk pembuat remix bukan komersial
    • Jun 2015 Tindak Balas
    • Mei 2015 Jawapan
    • Februari 2015 Komen
    • November 2014 Petisyen
  • 2011-2012 Petisyen kepada Pejabat Hak Cipta tentang pengecualian DMCA bagi pembuat remix bukan komersial
    • Jawapan dan galeri imej keduaOgos 2012
    • Laman Contoh Video Penggunaan Adil
    • Galeri Imej
    • Mac 2012 Jawab Komen
    • Disember 2011 Komen
  • 2008-2009 Matan petisyen
    • Februari 2009 Jawab Komen
    • Disember 2008 Komen

Surat dan komen sebenar, bersama dengan maklumat lanjut, boleh didapati di Mendapatkan pengecualian ke DMCA A.S..

 

Mengemukakan komen dan surat dasar kepada kerajaan A.S dan kerajaan lain di seluruh dunia
  • Jun 2017 Komen kepada Wakil Perdagangan A.S. mengenai Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara
  • Mac 2017 Komen ke Pejabat Hak Cipta Mengenai Hak Atribusi dan Integriti Moral
  • Februari 2017 Komen Susulan ke Pejabat Hak Cipta Mengenai Seksyen 512 DMCA
  • Oktober 2016 Komen kepada Singapura sebagai tindak balas terhadap Cadangan Perubahan kepada Rejim Hakcipta Singapura
  • Jun 2016 Komen ke Pejabat Hak Cipta mengenai Pembaharuan Ejen DMCA
  • April 2016 Komen kepada Suruhanjaya Eropah Mengenai Penguatkuasaan Hak Harta Intelek
  • Mac 2016 Komen kepada Pejabat Hak Cipta A.S. Mengenai Seksyen 512 DMCA
  • Februari 2016 Komen kepada Pejabat Hak Cipta A.S. Mengenai Seksyen DMCA 1201
  • Disember 2015 Komen kepada Suruhanjaya Eropah
  • Oktober 2015 Komen kepada IPEC A.S
  • September 2015 Komen kepada kerajaan Afrika Selatan
  • Mac 2015 Surat kepada Kongres A.S.
  • September 2014 Penghantaran kepada Kerajaan Australia
  • Februari 2014 Komen kepada Suruhanjaya Eropah
  • Oktober 2013 Komen kepada PTO/NTIA

Surat dan komen sebenar, bersama dengan maklumat lanjut, boleh didapati di Komen dan Surat Dasar.

 

Pemfailan Amicus Curiae dalam kes mengenai undang-undang hak cipta A.S., penggunaan adil, dan kebebasan bersuara online
  • Star Athletica v. Varsity Brands
    • Julai 2016 Ringkas Amicus
  • Lenz v. Universal
    • September 2016 Ringkas Amicus
    • Oktober 2015 Ringkas Amicus
    • Disember 2013 Ringkas Amicus
  • Capitol Records v. Vimeo
    • Julai 2014 Ringkas Amicus
  • Cindy Lee Garcia v. Google et al
    • November 2014 Ringkas Amicus
    • April 2014 Ringkas Amicus
  • Fox v. Dish & Dish v. ABC
    • Januari 2014 Ringkas Amicus
    • Januari 2013 Ringkas Amicus
  • Salinger v. Colting
    • Ogos 2009 Ringkas Amicus

Ringkas-ringkas sebenar, sama dengan maklumat lanjut, boleh didapati di Amicus Curiae dalam kes mengenai undang-undang hak cipta A.S., penggunaan adil, dan kebebasan bersuara online
.

 

Pemfailan Amicus Curiae dalam kes mengenai hak undang-undang publisiti A.S.
  • De Havilland v. FX
    • Januari 2018 Ringkas Amicus
  • Cross v. Facebook
    • Januari 2017 Ringkas Amicus
  • Davis v. Electronic Arts
    • November 2015 Ringkas Amicus
    • Januari 2015 Ringkas Amicus
  • Hart v. Electronic Arts
    • Mei 2012 Ringkas Amicus

Ringkas-ringkas sebenar, sama dengan maklumat lanjut, boleh didapati di Amicus Curiae dalam kes mengenai hak undang-undang publisiti A.S..

 

Membantah pendaftaran tanda dagangan yang menuntut pemilikan swasta fandom
  • Petisyen untuk membatalkan tanda FANDOM

Surat dan komen sebenar, bersama dengan maklumat lanjut, boleh didapati di Membantah pendaftaran tanda dagangan.

 

Untuk menghubungi Jawatankuasa Undang-undang OTW, hantar sebuah e-mel.
(Jawatankuasa Undang-undang mengalu-alukan komen dan soalan anda. Ketahuilah bahawa berkomunikasi dengan Undang-Undang tidak akan mewujudkan hubungan peguam-klien melainkan Jawatankuasa menyatakannya secara bertulis secara langsung. Kami juga terhad dalam kemampuan kami untuk menjawab soalan mengenai sistem undang-undang di negara-negara yang tidak berbahasa Inggeris. Tetapi kami gembira dapat memberikan maklumat!)