Organisasi Karya-Karya Transformatif: Bajet 2018

Kewangan OTW: Bajet 2018

2017 merupakan satu lagi tahun yang sibuk dan produktif untuk pasukan kewangan OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif)! Kami berterusan dengan usaha kami untuk menambahbaikan kecekapan organisasi ini dalam polisi dan kepatuhan kepada amalan perakaunan yang seragam. Kami telah melakukan audit yang pertama untuk penyata kewangan kami yang berakhir pada awal 2018. Anda boleh melihat audit penyata kewangan kami bagi tahun 2015 dan 2016 pada Laman Kewangan OTW. Kami sedang menyediakan audit kami untuk penyata kewangan 2018 kami dan ini patut dilakukan dalam beberapa minggu.

Tanpa berlengah lagi, ini adalah bajet kami bagi tahun 2018 (muat turun spreadsheet bajet untuk informasi lanjut):

Perbelanjaan 2018

Perbelanjaan untuk program: Arkib Milik Kita (AO3): 75.1%. <i>Open Doors</i>: 0.4%.<br />
<i>Karya dan Kebudayaan Transformatif</i>: 0.8%<br />
<i>Fanlore</i>: 1.4%. Bantuan Guaman: 1.4%. Pengurusan: 13.5%. Pengumpulan dana: 7.4%” width=”650px”></p>
<h4>AO3</h4>
<p><img src=

  • Hanya setakat US$13,334.02 daripada jumlah US$266,032.07 dibelanjakan tahun ini, pada 28 Februari 2018.
  • 75.1% dari belanja OTW disalurkan kepada usaha mengekalkan Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita). Ini melibatkan sebahagian besar belanja pelayan kami (termasuk pembelian baru serta co-lokasi dan penyelenggaraan berterusan), alat pengawasan prestasi laman web dan pelbagai lesen sistem berkenaan (akses perbelanjaan semua program).
  • Jangkaan perbelanjaan AO3 pada tahun ini melibatkan kos kontraktor sebanyak US$100,000. Kami amat berpuas hati dengan kerja kontraktor kami dalam pengemaskinian Rails and Elasticsearch AO3 dan berharap untuk terus bekerjasama dengan mereka dalam projek lain.
  • Selain daripada kos kontrak, perbelanjaan AO3 melibatkan penyelenggaraan pelayan yang besar berjumlah sekitar US$ 96,000. Penyelenggaraan ini bertumpu kepada pelayan-pelayan database yang baru untuk karya, komen dan aktiviti AO3 yang lain, dan juga rak pelayan untuk merumahkan mereka. Pelayan baru ini juga patut meningkatkan perbelanjaan co-lokasi kami, sementara mesin-mesin lama akan diguna semula untuk menjana laman AO3 dan melayankannya kepada pengguna.

Fanlore

US$257.44 dibelanjakan; US$4,640.53 baki

  • Hanya setakat US$257.44 daripada jumlah US$4,897.97 dibelanjakan tahun ini, pada 28 Februari 2018.
  • Kebanyakan perbelanjaan Fanlore diperuntukan kepada pembelian pelayan, kos penyelenggaraan dan co-lokasi, selain daripada lesen dan domain web Fanlore yang berkenaan (Akses perbelanjaan semua program).

Transformative Works and Cultures – TWC (Karya dan Kebudayaan Transformatif)

US$418.81 dibelanjakan; US$2,575.18 baki

  • Hanya setakat US$418.81 daripada jumlah US$2,993.99 dibelanjakan tahun ini, pada 28 Februari 2018.
  • Perbelanjaan TWC adalah kos peruntukan pelayan dan juga kos penerbitan dan yuran simpanan jurnal (Akses perbelanjaan semua program).

Open Doors (Open Doors)

US$94.16  dibelanjakan; US$1,162.95 baki

  • Hanya setakat US$94.16 daripada jumlah US$1,257.11 dibelanjakan tahun ini, pada 28 Februari 2018.
  • Perbelanjaan tahun ini untuk Open Doors adalah kos pengehosan, sandaran (backup) dan domain untuk arkib-arkib yang diimport oleh Open Doors (Akses perbelanjaan semua program).

Legal Advocacy (Bantuan Guaman)

US$1,500.00 dibelanjakan; US$3,500.00 baki

  • Hanya setakat US$1,500.00 daripada jumlah US$5,000.00 dibelanjakan tahun ini, pada 28 Februari 2018.
  • Perbelanjaan Guaman termasuk yuran pengajuan dan perbelanjaan pengangkutan untuk menghadiri persidangan dan pendengaran. US$1,500 dibelanjakan pada bulan Januari untuk yuran pengajuan Pertikaian WIPO (World Intellectual Property Organization) kerana terdapat orang lain mendaftar alamat domain yang serupa dengan AO3. (Akses perbelanjaan semua program).

Pengumpulan Dana

US$1,751.46 dibelanjakan; US$24,383.54 baki

  • Hanya setakat US$1,751.46 daripada jumlah US$26,135.00 dibelanjakan tahun ini, pada 28 Februari 2018.
  • Perbelanjaan pengumpulan dana kami terbahagi kepada bayaran transaksi yang dikenakan oleh pemproses pembayaran pihak ketiga kami untuk setiap bayaran derma; pembelian hadiah penghargaan dan perkhidmatan penghantaran; serta alat-alat yang digunakan untuk mengehos pangkalan data ahli OTW dan mengesan komunikasi dengan penderma dan penderma potensi (akses perbelanjaan pengumpulan dana).

Pengurusan

US$2,023.59 dibelanjakan; US$45,799.81 baki

  • Hanya setakat US$2,023.59 daripada jumlah US$47,823.40 dibelanjakan tahun ini, pada 28 Februari 2018.
  • Perbelanjaan pengurusan OTW termasukmengehoskan laman web kami, tanda dagang (trademark), domain, insuran, pengefailan cukai serta pengauditan, selain daripada alat-alat komunikasi dan pengakaunan (akses semua perbelanjaan pengurusan).

Pendapatan 2018

Pendapatan OTW: Derma Kempen Bulan April: 36.6%. Derma Kempen Bulan Oktober: 42.6%. Derma bukan Kempen: 18.3%. Derma daripada program serupa: 2.4%. Pendapatan faedah: 0.1%.

  • OTW disokong sepenuhnya oleh kerana derma anda—terima kasih atas kemurahan hati anda!
  • Kami menerima kebanyakan hasil derma kami setiap tahun semasa Kempen Pengumpulan Dana pada bulan April dan Oktober. Hasil derma ini merangkumi 79% pendapatan kami dalam tahun 2018. Kami juga menerima dana melalui padanan derma majikan, Amazon Smile dan PayPal Giving Fund, yang menguruskan derma dari program seperti Humble Bundle. Sekiranya anda ingin menyokong kami sambil membeli-belah di laman tersebut, sila pilih “Organization for Transformative Works” sebagai organisasi kebajikan pilihan anda!
  • Hasil kemurahan hati anda pada beberapa tahun yang lepas, kami dapat menyediakan payung sebelum hujan dengan simpanan rizab kami yang bernilai baik. Oleh kerana ini, kami juga dapat meneroka sumber pendapatan alternatif untuk menambahkan sumbangan anda. Pasukan Kewangan dan lembaga pengarah OTW telah memutuskan untuk melaburkan sebahagian kecil dana ini dalam sebuah portfolio pelaburan konservatif yang tidak berisiko kepada pelaburan asal kami. Langkah ini sudah lama tertangguh, dan kami amat gembira untuk mempunyai polisi yang kukuh mengenai pelaburan dan penggunaan simpanan rizab kami.
  • Simpanan rizab ini juga dapat membantu kami dalam tahun-tahun akan datang apabila kami merancang pembelian yang lebih besar daripada biasa. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, kami mempunyai rancangan untuk menggantikan perkakasan pelayan lama dalam tempoh beberapa bulan akan datang, yang akan meningkatkan perbelanjaan kami secara ketara pada tahun ini. Perbelanjaan jangkaan kami untuk tahun ini melebihi anggaran pendapatan tahun 2018 sebanyak kira-kira US$ 30,000. Jumlah tambahan ini mungkin akan diambil dari simpanan rizab berdasarkan keperluan kami pada tahun ini.
  • US$12,668.54 diterima setakat ini (sehingga 28 Februari 2018) dan US$315,631.46 dijangka akan diterima sehingga akhir tahun 2018.

US$12,668.54 didermakan; US$302,962.92 baki

Terdapat Soalan?

Jika anda mempunyai apa-apa soalan tentang bajet atau kewangan OTW, sila hubungi Pasukan Kewangan. Kami juga akan mengehoskan perbualan terbuka untuk menjawab mana-mana soalan yang anda mungkin ada. Namun begitu, perbualan ini hanya akan diadakan dalam bahasa Inggeris. Versi bahasa Inggeris untuk pos berita ini akan mengandungi lebih banyak maklumat tentang di mana perbualan ini akan diadakan dan bagaimanakah anda boleh menyertainya.

Untuk memuat turun bajet OTW untuk tahun 2018 dalam format spreadsheet, tolong ikuti link ini.

OTW adalah organisasi bukan keuntungan yang juga merupakan organisasi induk pelbagai projek termasuk AO3, Fanlore, Open Doors, TWC, and Bantuan Guaman OTW. Kami adalah organisasi yang dikendalikan oleh peminat, dan disokong sepenuhnya melalui derma serta kerja sukarelawan. Ketahui lebih lanjut mengenai kami di laman web OTW.Untuk mengetahui lebih tentang pasukan penterjemah sukarela kami yang telah menterjemahkan halaman ini, kunjungi laman Penterjemahan.