Kepercayaan Kami

Misi Kami

OTW ialah organisasi tanpa keuntungan yang telah ditubuhkan oleh para peminat untuk berkhidmat kepada minat peminat yang tersendiri dengan memberikan akses kepada karya-karya dan juga memelihara sejarah karya-karya peminat dan juga budaya peminat tersendiri yang mempunyai pelbagai bentuk. Kami percaya bahawa karya-karya peminat ialah sesuatu yang transformatif dan karya-karya tersebut ialah karya-karya transformatif yang sah.

OTW mewakili amalan menerbit karya-karya transformatif peminat yang mempunyai sejarah yang mendalam di dalam budaya peminat yang mempunyai lebih ramai wanita. OTW akan memelihara rekod sejarah tersebut dan pada masa yang sama, meneruskan misi kami sambil menggalakkan kemunculan identiti budaya yang baharu dan bukan arus perdana di dalam fandom para peminat.

Visi Kami

Kami membayangkan masa hadapan di mana semua karya-karya peminat (fannish) dikenali sebagai karya yang sah dan transformatif dan juga diterima sebagai aktiviti yang kreatif. Kami sangat proaktif dan inovatif dalam melindungi dan mempertahankan seluruh OTW daripada eksploitasi komersial dan tindakan undang-undang. Kami memelihara ekonomi fannish kami, nilai-nilai dan ungkapan kreatif para peminat dengan cara melindungi dan memelihara para peminat, segala kerja, ulasan, sejarah dan identiti kami dan pada masa yang sama, memberikan akses seluas mungkin kepada aktiviti fannish untuk semua peminat.

Nilai-Nilai Kami

  1. Kami mengambil berat tentang karya-karya transformatif dan komuniti-komuniti yang inovatif di mana karya-karya tersebut muncul, termasuklah media, fiksyen orang sebenar, anime, komik, muzik dan vidding.
  2. Kami mengambil berat tentang identiti kami sebagai sebuah komuniti yang majoritinya terdiri daripada para wanita yang kaya dengan sejarah dalam bidang kreativiti dan penulisan ulasan.
  3. Kami menghargai infrastruktur kami yang berasaskan sukarelawan dan ekonomi fannish yang mengiktiraf dan meraikan nilai yang terdapat di dalam pelbagai aktiviti-aktiviti yang dilakukan.
  4. Kami mengambil berat dalam memudahkan pengaksesan aktiviti-aktiviti fannish kepada para peminat yang ingin menyertai.
  5. Kami mengambil berat tentang kepelbagaian tanpa had di dalam kombinasi yang juga tanpa had. Kami amat menghargai semua peminat yang melibatkan diri dalam pelbagai karya-karya transformatif: peminat kepada apa pun bangsa, jantina, budaya, identiti seksual, atau keupayaan. Kami juga menghargai pertukaran idea-idea fannish dan juga budaya tanpa sebarang halangan dan pada masa yang sama berusaha untuk mengelak penyeragaman atau pemusatan sesuatu fandom.

Matlamat Kami

Sejak 2007, OTW telah meletakkan asas-asas yang penting untuk menubuhkan organisasi yang meriah dan kreatif dengan;

  • Mewujudkan OTW sebagai sebuah organisasi tanpa keuntungan yang diiktiraf oleh IRS .
  • Mewujudkan infrastruktur untuk OTW dengan membuat sesuatu lembaga dan jawatankuasa, meminta pendaftaran keahlian dan sumbangan, membentuk pakatan, dan mengadakan pilihanraya.
  • Menggalakkan interaksi antara komuniti dan input mereka melalui laman web OTW dan melalui ruangan di dalam dan luar talian, di mana para peminat berkumpul.
  • Mereka bentuk, mengatur dan melancarkan Archive Of Our Own – AO3, sebuah laman web arkib untuk karya-karya transformatif.
  • Meneroka cara-cara untuk membuat karya-karya peminat mudah untuk diakses.
  • Mewujudkan projek penyokongan undang-undang dan membentuk pakatan untuk mempertahankan karya-karya peminat daripada tindakan undang-undang.
  • Membuat fan wiki untuk memelihara sejarah karya-karya transformatif dan fandom di mana karya-karya tersebut ditimbulkan.
  • Mewujudkan jurnal akademik untuk menggalakkan biasiswa untuk karya-karya peminat dan amalan-amalan para peminat.
  • Membangunkan pelan jangka panjang bagi organisasi tersebut.
  • Melaksanakan projek-projek tambahan yang relevan kepada fandom yang transformatif, seperti pemeliharaan sejarah golongan para peminat dan karya-karya peminat, membina dan mengekalkan infrastruktur untuk penggunaan peminat, dan menaja biasiswa akademik kepada fandom.