FAQ Derma dan Keahlian

Derma dan Keahlian

Bagaimanakah saya boleh menderma kepada OTW?

Untuk membuat dermaan, sila ke borang sumbangan kami.

Terima kasih atas sokongan anda! Jika anda mempunyai sebarang soalan atau masalah dalam membuat derma anda, sila hubungi pasukan Pembangunan & Keahlian kami.

Bolehkah saya menderma melalui cek? Di manakah cek perlu dihantar?

Ya, jika anda merupakan seorang residen Amerika Syarikat. Malangnya, kami tidak boleh menerima cek diluar Amerika Syarikat buat pada masa kini. Sila lengkapkan borang sumbangan kami dan tekan pilihan “I will send payment by check” (Saya akan menghantar bayaran secara cek), seterusnya hantar cek anda kepada:

Organization for Transformative Works, Inc.
228 Park Ave S #18156
New York, New York 10003-150
USA

Sumbangan Cek boleh mengambil selama 3 minggu untuk didepositkan. Jika anda mempunyai sebarang soalan, tolong hubungi pasukan Pembangunan & Keahlian kami.

Bolehkah saya menderma melalui wang tunai atau kiriman wang?

Ya, jika anda menderma menggunakan Dolar AS, tetapi wang tunai dan kiriman wang hanya boleh diterima sebagai sumbangan seorang yang bukan ahli. Bagi tujuan keahlian, kami perlu sambungkan bayaran anda kepada sebuah akaun bank atau kad kredit supaya kami boleh mengesahkan anda adalah orang yang benar dan merupakan seorang individu semasa kami menjalankan pilihan raya.

Untuk menderma, hantar wang kepada:

Organization for Transformative Works, Inc.
228 Park Ave S #18156
New York, New York 10003-150
USA

Jika anda mempunyai sebarang soalan tentang ini, sila hubungi pasukan Pembangunan & Keahlian kami.

Bolehkah saya menderma dalam mata wang selain daripada Dolar AS?

Ya, anda boleh membuat derma secara online menggunakan borang sumbangan kami. (Harap maklum bahawa kami tidak menerima wang tunai atau cek derma dalam mata wang lain selain daripada Dolar AS.) Apabila anda menderma menggunakan borang online kami, anda akan ditanya untuk menyatakan jumlah sumbangan anda dalam bentuk Dolar AS, selepas itu, anda boleh melengkapkan bayaran menggunakan kad kredit atau PayPal.

Sila hubungi pasukan Pembangunan & Keahlian kami atau hubungi Bantuan PayPal untuk bantuan lebih lanjut.

Adakah sumbangan kepada OTW mempunyai potongan cukai? Jika ya, apakah EIN anda?

Ya, jika di Amerika Syarikat. OTW (Organisasi Karya Transformatif) didaftar sebagai 501(c)(3) organisasi bukan untung. Oleh itu, semua derma yang kami menerima mempunyai potongan cukai. EIN kami di Amerika Syarikat adalah 38-3765024; ini juga akan termasuk dalam resit sumbangan anda untuk rekod anda.

Sila mengambil perhatian bahawa jika anda berada diluar Amerika Syarikat, sumbangan anda mungkin atau tidak mempunyai potongan cukai. Anda digalakkan untuk berunding dengan penasihat cukai anda dan melihat jika sebuah hadiah kepada sebuah organisasi bukan untung 501(c)(3) Amerika Syarikat layak untuk menerima potongan cukai dibawah undang-undang tempatan anda.

Sila hubungi pasukan Pembangunan & Keahlian kami jika anda mempunyai soalan lebih lanjut mengenai hal tersebut.

Mengapakah kami perlu mengisi nama dan alamat kami dalam borang sumbangan? Bolehkah saya menderma tanpa menggunakan nama?

Bagi sumbangan keahlian, kami perlu memaut setiap sumbangan kepada individu yang tertentu bagi tujuan undang-undang, bagi menggelakkan seseorang menyumbang beberapa kali dan mendapat hak lebih daripada satu undian. (Sila baca Mengapakah anda memerlukan yuran keahlian untuk memberi seseorang hak untuk mengundi dalam pilihanraya OTW? jika anda hendak mengetahui lebih.)

Maklumat anda selamat dengan kami dan kami mempunyai komitmen yang kuat dalam keselamatan data. Kami juga tidak akan mengaitkan identiti sah anda dengan identiti fannish anda. Sila baca Dasar Privasi bagi maklumat lebih lanjut.

Jika anda hendak menderma tanpa memberikan alamat anda, anda boleh membuat derma tanpa keahlian menggunakan wang tunai atau kiriman wang (hanya dalam Dolar AS). Sila rujuk kepada Bolehkah saya menderma melalui wang tunai atau kiriman wang? diatas.

Sila a href=”/?page_id=17507″>hubungi pasukan Pembangunan & Keahlian kami jika anda mempunyai soalan lebih lanjut.

Apakah perbezaan antara derma keahlian dan derma bukan keahlian?

Derma keahlian akan mendaftarkan anda sebagai ahli OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif). Anda boleh mengundi dalam pilihan raya tahunan kami bagi Lembaga Pengarah. Untuk maklumat lebih lanjut tentang proses pilihan raya kami, sila layari laman web Pilihan Raya OTW atau hubungi Pasukan pilihan raya.

Derma bukan keahlian, walaupun amat dihargai, tidak membuat anda sebagai seorang ahli OTW dan tidak memberi faedah mengundi.

Mengapakah anda memerlukan yuran keahlian untuk memberi seseorang hak untuk mengundi dalam pilihanraya OTW?

Seperti banyak organisasi bukan untung, OTW (Organisasi Karya-karya Transformatif) menggunakan yuran keahlian untuk menyemak bahawa setiap ahli merupakan seorang individu sahaja.
Ini adalah untuk menggelakkan seseorang individu daripada menggundi beberapa kali dalam pilihan raya kami.

Yuran ini juga akan disalurkan untuk membantu kami dalam menjalankan OTW― untuk membayar kos operasi bagi kedua-dua organisasi dan segala projek kami, supaya kami tidak perlu menggunakan iklan atau mengenakan caj kepada pengguna kami. Kami berniat untuk memastikan sumbangan minimum kami sekurang mungkin supaya ia tidak menjadi halangan bagi sesiapa yang mengambil berat tentang organisasi kami, tetapi kami juga harap kebanyakan ahli memberi lebih jika mereka berupaya!

Bolehkah saya membeli keahlian sebagai hadiah kepada orang lain?

Untuk memastikan semua ahli berundi OTW (Organisasi Karya-karya Transformatif) adalah seseorang individu yang benar supaya kami dapat mengendalikan pilihan raya dengan adil, kami tidak membenarkan keahlian diberikan sebagai hadiah. Namun anda dialu-alukan untuk menderma bagi mereka melalui borang kami, tetapi sumbangan ini tidak akan memberikan keahlian kepada mereka.

Adakah keahlian mendapatkan saya jemputan AO3?

Tidak. Keahlian OTW (Organisasi Karya Transformatif) dan akaun Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) tidak mempunyai sebarang kaitan. Untuk mendapat akaun AO3, sila masuk barisan jemputan. Sumbangan kepada OTW membantu kami memastikan AO3 berjalan lancar, oleh itu, kami mengalu-alukan sokongan anda tetapi kami juga komited untuk memastikan AO3 berkhidmat sebagai servis percuma kepada semua orang. Sekali lagi, derma individu dan akaun AO3 tiada kaitan.

Jika anda mempunyai soalan tentang jemputan AO3, sila hubungi Bantuan AO3.

Adakah keahlian OTW saya akan dikaitkan dengan akaun AO3 saya?

Tidak, keahlian OTW (Organisasi Karya-karya Transformatif) dan akaun Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) tidak berkait langsung. OTW amat menyokong hak peminat untuk membezakan identiti fannish dan non-fannish. Kami tidak akan mengaitkan kedua-duanya, dan pangkalan data yang mengandungi maklumat ahli OTW dan maklumat akaun AO3 diasingkan. Simpanan dan penggunaan data anda diawasi oleh Dasar Privasi kami.

Berapa lamakah tempoh bagi satu keahlian? Bagaimanakah boleh saya mengetahui jika saya dapat mengundi?

Keahlian anda akan berlangsung hanya selama satu tahun bergantung kepada sumbangan yang terakhir anda. Jika anda ingin menjadi ahli OTW dan derma anda diterima sebelum tarikh mati keahlian bagi pilihan raya tahun itu, yang diterbit oleh Pasukan Pilihan Raya OTW, anda boleh mengundi.

Jika anda tidak pasti bila sumbangan terakhir anda, sila hubungi pasukan Pembangunan & Keahlian kami. Jika anda mempunyai soalan tentang tarikh akhir keahlian atau proses pilihan raya, sila hubungi Pilihan Raya.

DI manakah sumbangan saya disalurkan? Bagaimanakah OTW membelanjakan duit mereka?

Sumbangan anda membantu operasi OTW (Organisasi Karya-karya Transformatif) dan projek kami.
Kami merupakan organisasi yang dijalankan oleh sukarelawan, maka kebanyakkan perbelanjaan kami disalurkan kepada perkembangan projek.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perbelanjaan terkini kami dan prospek belanjawan, sila lihat:

Jika anda mempunyai soalan lebih lanjut, silahubungi pasukan Pembangunan & Keahlian.

Bolehkah saya membuat derma khas untuk projek atau perbelanjaan OTW yang tertentu?

Buat masa sekarang, kami tidak berupaya untuk menetapkan sumbangan khas kepada sebuah projek atau perbelanjaan OTW (Organisasi Karya-karya Transformatif) yang tertentu. Terdapat beberapa perbelanjaan yang bukan untuk projek tertentu dan berkaitan dengan keseluruhan organisasi, contohnya: perisian yang sukarelawan kami menggunakan untuk menjadi tuan rumah mesyuarat dan membuat pelan, server hos yang berfungsi bagi kedua-dua dokumentasi dalaman dan kandungan Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita), dan juga firewall yang melindungi Fanlore, AO3 dan stor dalaman kami. Setiap derma disalurkan kepada pemeliharaan setiap perkara tersebut termasuk projek OTW yang lain.

Bagaimanakah boleh saya mendapatkan ringkasan bagi setiap derma saya pada tahun fiskal ini?
Apakah hadiah terima kasih? Bagaimanakah boleh saya mendapatkan satu?

Hadiah terima kasih merupakan sebuah barang pilihan yang anda boleh pilih untuk menerima jika anda menderma sebanyak US$50 dan lebih. Senarai hadiah yang boleh didapati kerap bertukar. Sila lihat borang sumbangan kami untuk mengetahui senarai terkini.

Saya telah membuat derma ulangan. Bolehkah saya mendapat hadiah terima kasih apabila sumbangan saya menjumlah kepada amaun tersebut?

Ya! Sila hubungi pasukan Pembangunan & Keahlian kami dan beritahu kepada kami hadiah mana yang anda menghendaki. Apabila anda telah mencapai jumlah sumbangan tersebut, kami akan menghantar hadiah kepada anda.

Bagaimanakah cara untuk menjadualkan derma berulangan (menderma US$__ setiap __ bulan)? Bolehkah derma berulangan berkira untuk keahlian?

Sila lihat borang Derma Berulangan kami untuk membuat derma berulangan.

Jika anda memilih pilihan keahlian, derma berulangan akan berkira untuk keahlian.

Bagaimanakah cara untuk membatal atau menukar jumlah derma berulangan saya yang telah dijadualkan, atau menukar kad kredit yang saya menggunakan?

Untuk membatalkan dermaan berulangan anda, pilih sumbangan terakhir anda di PayPal dan pergi ke “Manage payments for …,” (“Kendalikan bayaran untuk …,”), atau ke tab Payments (Bayaran) di laman Settings (Tetapan) PayPal anda. Ia tidak mungkin untuk menukar jumlah derma berulangan. Jika anda ingin menukarkannya, anda perlu batalkannya terlebih dahulu kemudian tetapkan yang baharu.

Untuk menukar kad kredit yang digunakan dalam sumbangan tersebut, anda perlu menukar butiran transaksi Paypal. Sila rujuk kepada Bantuan PayPal untuk maklumat lebih lanjut dan sila hubungi Sokongan PayPal untuk bantuan.

Jika saya menderma atas nama orang lain, adakah mereka mendapat notifikasi?

Tidak, memberi sebuah e-mel dalam sekyen “In Honor of’ (Atas nama) pada borang sumbangan adalah pilihan dan tidak menjana notifikasi, tetapi individu tersebut akan menerima e-mel am yang dihantar kepada semua penderma.

Saya tidak boleh menderma sekarang tetapi saya ingin menyokong kerja anda. Sebagai ganti, bolehkah saya sukarela dalam OTW?

Semua jawatan terbuka kami yang terkini telah disenarai pada laman Sukarelawan. Jika terdapat sebuah jawatan yang anda meminati tidak disenarai buat pada masa ini, lihat laman tersebut sekali lagi pada masa yang lain dan perhatikan pembukaan baru. Kami sentiasa menerbitkan maklumat tentang jawatan baru di berita OTW (Organisasi Karya-karya Transformatif).