Kempen Keahlian Organisasi Karya-karya Transformatif, 19 - 23 April 2018

Anda Telah Membantu Membawa Perubahan!

Sementara kempen pengumpulan dana bulan April ini semakin menghampiri akhirnya, kami di OTW (Organisasi Karya-karya Transformatif) sekali lagi rasa terharu dan terhutang budi oleh kerana sokongan anda. Derma yang murah hati anda, hasil 4,700 penderma dari 80 negara, telah membantu kami mengumpul sebanyak 130,000 sejak beberapa hari yang lalu, melebihi sasaran kami iaitu US$100,000! (more…)

Kempen Keahlian Organisasi Karya-karya Transformatif, 19 - 23 April 2018

Sumbangan Anda Memelihara Sejarah Fannish!

Pernahkah anda mencari sesuatu karya yang anda telah baca beberapa tahun yang lalu dan mendapati ia telah hilang dari internet? Kami semua semestinya pernah mengalaminya. Sementara fandom-fandom membangun dan masa bertahun-tahun berlalu, beribu-ribu karya peminat hilang setiap hari—seluruh arkib menjadi offline setiap bulan dan bersama dengan khazanah-khazanah yang terkandung dalamnya, hilang selama-lamanya kepada fandom dan generasi peminat akan datang.

Di sinilah Open Doors (Open Doors) memainkan peranan! Open Doors adalah projek OTW (Organisasi untuk Karya-Karya Transformatif), yang berdedikasikan untuk memelihara dan mengarkibkan suara-suara fannish. OTW bekerjasama dengan Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) untuk melindungi bahan kegemaran lama anda yang terdapat di tempat lain di sekitar web. Sumbangan anda memberikan kami sumber-sumber yang diperlukan untuk meneruskan projek ini. Dalam tahun 2017 sahaja, Open Doors telah berjaya memelihara lebih daripada 43,000 karya peminat oleh kerana sokongan anda! (more…)