5 juta karya

AO3 Mencapai 5 Juta Karya!

Pada 17 haribulan Julai, Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) telah mencapai 2 juta orang pengguna. Hari ini, kami telah berjaya mencecah pencapaian yang lebih hebat: 5 juta karya! \o/

AO3 memasuki open beta pada November 2009. Ia mengambil masa sehingga Februari 2014 untuk mencapai 1 juta karya, tetapi hampir setiap tahun selepas itu, kami mampu mencapai sejuta karya lagi. Pada Julai 2018, kami mencapai 4 juta karya, dan pada Oktober tahun itu, kami mencapai 30000 fandom. Read More

Organisasi Karya-Karya Transformatif: Bajet 2018

Kewangan OTW: Bajet 2018

2017 merupakan satu lagi tahun yang sibuk dan produktif untuk pasukan kewangan OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif)! Kami berterusan dengan usaha kami untuk menambahbaikan kecekapan organisasi ini dalam polisi dan kepatuhan kepada amalan perakaunan yang seragam. Kami telah melakukan audit yang pertama untuk penyata kewangan kami yang berakhir pada awal 2018. Anda boleh melihat audit penyata kewangan kami bagi tahun 2015 dan 2016 pada Laman Kewangan OTW. Kami sedang menyediakan audit kami untuk penyata kewangan 2018 kami dan ini patut dilakukan dalam beberapa minggu.

Tanpa berlengah lagi, ini adalah bajet kami bagi tahun 2018 (muat turun spreadsheet bajet untuk informasi lanjut): Read More