Cara-Cara Untuk Membantu

Terima kasih kerana mempunyai minat terhadap OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif)! Terdapat pelbagai cara untuk memberi bantuan kepada OTW:

Bersukarela!
Berminat untuk memberi bantuan anda kepada projek-projek kami? Sukarelawan dari pelbagai latar belakang dan daripada semua negara dialu-alukan.

Berilah sumbangan anda!
OTW adalah organisasi US 501(c)(3) yang disokong oleh ahli-ahlinya sendiri tanpa menerima sebarang keuntungan luar. Kami tidak boleh meneruskan OTW tanpa sokongan anda! Sebarang sumbangan dari US$10 ke atas akan mengesahkan keahlian anda, dan sebarang derma amat berguna kepada kami, tidak kira betapa kecil.

Pengumpulan dana!
Adakah anda akan pergi ke perjumpaan peminat (convention)? Mencari alasan untuk mengadakan parti untuk tujuan yang baik? Untuk mencari cara untuk menyokong OTW sambil berseronok, lihatlah garis panduan kami dalam mengadakan majlis kutipan derma.

Sebarkan!
Muat turun risalah-risalah dan bahan-bahan lain supaya lebih ramai orang dapat tahu tentang kami.