Kempen Keahlian Organisasi Karya-karya Transformatif, 19 - 23 April 2018

Anda Telah Membantu Membawa Perubahan!

Sementara kempen pengumpulan dana bulan April ini semakin menghampiri akhirnya, kami di OTW (Organisasi Karya-karya Transformatif) sekali lagi rasa terharu dan terhutang budi oleh kerana sokongan anda. Derma yang murah hati anda, hasil 4,700 penderma dari 80 negara, telah membantu kami mengumpul sebanyak 130,000 sejak beberapa hari yang lalu, melebihi sasaran kami iaitu US$100,000!

Kami berharap bahawa melalui kempen ini, anda telah memahami lebih mengenai pelbagai cara pendermaan anda dapat membantu membawa perubahan. Semua projek kami bergantung kepada sokongan berterusan anda supaya kami boleh terus berkembang maju.

Dan jangan lupa, walaupun kempen ini sudah berakhir, anda masih boleh menyokong OTW. Kami mengalu-alukan pendermaan sepanjang tahun!

OTW adalah organisasi bukan keuntungan yang juga merupakan organisasi induk kepada pelbagai projek termasuk AO3, Fanlore, Open Doors, TWC, and Bantuan Guaman OTW. Kami adalah organisasi yang dikendalikan oleh peminat, dan disokong sepenuhnya melalui derma serta kerja sukarelawan. Ketahui lebih lanjut mengenai kami di laman web OTW. Untuk mengetahui lebih tentang pasukan penterjemah sukarela kami yang telah menterjemahkan halaman ini, kunjungi laman Penterjemahan.