Hari Fanworks Antarabangsa

Aktiviti Kita Pada Hari Fanworks Antarabangsa 2018

Seperti yang telah dinyatakan bulan lepas, OTW akan menganjurkan pelbagai acara bagi Hari Fanworks Antarabangsa sekali lagi pada tahun ini.

Pada 15 Februari, kami akan meraikan Hari Fanworks Antarabangsa di seluruh zon waktu. Aktiviti yang ditaja oleh OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif) telah disenarai dibawah, tetapi kami harap anda akan memberitahu kami dia bahagian komen tentang aktiviti lain yang anda ketahui supaya kami boleh memberi signal boost mereka.

  1. Pertandingan fanwork pendek: Keluarkan tablet, komputer riba atau telefon bimbit anda dan mengarang sebuah fanwork yang pendek tentang topic tersebut:

    Watak yang mana merupakan kegemaran anda —atau pasangan watak— yang anda lebih fannish terhadap? Sebagai contoh:

    • Apakah akan terjadi jika Lena membawa Kara untuk melihat tayangan Josie and the Pussycats?
    • Adakah Jessica Jones mengajar Iron Fist bagaimana untuk mengait porgs?
    • Adakah watak Boku No Hero Academia mempunyai daya saingan yang kuat terhadap Kem Animal Crossing Pocket?

    Terbitkan haiku, drabble, drawble, video pendek, karya audio atau format-format lain sebelum atau pada 16 Februari dan tagkan dengan #IFDShare di Tumblr, Facebook, Dreamwidth atau dimana-mana laman yang anda minati. Dan sekiranya anda menerbitkannya di Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita), tag karya tersebut dengan “International Fanworks Day 2018”.

    Kami juga akan menawarkan salah satu novel grafik berikut kepada 4 peserta rawak yang memenuhi syarat-syarat cabaran. Terima kasih kepada First Second Books untuk hadiah-hadiah ini! Mereka adalah:

    • In Real Life, oleh Jen Wang
    • Shattered Warrior, oleh Sharon Shinn dan Molly Ostertag
    • Little Robot, oleh Ben Hatke
    • Cici’s Journal, oleh Joris Chamblain dan Aurelie Neyret

    Tambahan pula, jika karya anda safe-for-work, kami mungkin akan memberi anda signal boost! First Second akan menghantar hadiah ke seluruh dunia supaya semua peserta layak.

  2. Apa Makna Fanworks Kepada Saya: Bulan lalu, kami menghantar panggilan untuk sumbangan essay mengenai apa makna fanwork kepada anda. Beberapa penyertaan tersebut diterbit melalui OTW News pada 5 Februari. Tetapi jika anda terlepas peluang anda untuk mengambil bahagian, #IFDShare juga boleh digunakan untuk meta! Biar orang ramai tahu tentang perasaan anda dan membantu menyebarkan perayaan Hari Fanworks Antarabangsa.
  3. Cabaran Fanlore: Fanlore turut menyertai IFD! Setiap hari dari 12 hingga 18 Februari, Fanlore akan menyiarkan pelbagai cabaran di semua saluran media sosialnya dan di wikinya untuk semua editor turut serta. Seberapa baik anda mengenali OTP anda? Sudah waktunya untuk menguji pengetahuan anda dan memberitahu semua orang mengenainya!

  4. Pesta Maklum Balas: Semua orang yang mencipta dan berkongsi fanwork suka menerima maklum balas daripada orang yang menikmatinya, jadi kami menganjurkan Pesta Maklum Balas untuk meraikan karya yang kami cintai. Ambil bahagian dengan meninggalkan komen pada pos Maklum Balas kami antara 13-16 Februari bersama dengan cadangan atau pautan ke karya anda di tempat lain dengan cadangan anda yang ditag dengan #IFDFest. Kami juga akan menawarkan 4 hadiah kepada peserta yang dipilih secara rawak! Jadi kongsi apa yang anda cintai tentang fanwork sambil menggalakkan orang lain untuk meninggalkan maklum balas kepada pengarang!
  5. Permainan dan Perbualan Sesama Peminat: Pada 15 Februari itu sendiri kami akan mengadakan perbualan sesama peminat di ruang Perbincangan Awam OTW merentasi semua zon masa. Sertai kami di antara 23:00 UTC 14 Februari dan 04:00 UTC 16 Februari untuk berkongsi karya fanwork, atau bermain permainan seperti pertandingan trivia atau 20 Questions! Kami akan menyiarkan jadual terperinci pada 15 Februari di sekitar zon masa paling awal kami.

Kami telah menunjukkan kepada anda rancangan kami, jadi sekarang masa anda tunjukkan kepada kami rancangan fandom anda untuk IFD, sama ada dengan mengulas di sini atau menghubungkan kami ke pos anda di laman lain!


OTW adalah organisasi bukan keuntungan yang juga merupakan organisasi induk pelbagai projek termasuk AO3, Fanlore, Open Doors, TWC, and Bantuan Guaman OTW. Kami adalah organisasi yang dikendalikan oleh peminat, dan disokong sepenuhnya melalui derma serta kerja sukarelawan. Ketahui lebih lanjut mengenai kami di laman web OTW.Untuk mengetahui lebih tentang pasukan penerjemah sukarela kami yang telah menerjemahkan halaman ini, kunjungi laman Penterjemahan.