Akan Datang: Hari Fanworks Antarabangsa 2019

Kini tiba masanya untuk anda menanda kalender anda: Hari Fandom Antarabangsa kelima akan diadakan pada 15 Februari 2019. Di OTW (Organisasi Karya-karya Transformatif), kami mempunyai banyak rancangan menarik, tetapi kami juga ingin mendengar idea anda tentang hari itu.

Apakah Hari Fanworks Antarabangsa?

OTW mengasaskan Hari Fanworks Antarabangsa di 2015. Ini adalah hari untuk semua peminat di seluruh dunia meraikan kepelbagaian dan kreativiti kerja peminat dalam semua bentuk. Sama ada anda suka membaca fanfiction, membuat fanart, mendengar podfic atau campuran audio, mengedit video peminat atau pebincangan meta yang mendalam, Hari Fanworks Antarabangsa adalah peluang anda untuk mengkongsikan fanworks dan membincangkan tentang maknanya kepada anda. Anda juga boleh menggunakannya sebagai peluang untuk mengadakan cabaran atau membuat fanworks anda tersendiri!

Apakah makna fanworks kepada anda?

Kami juga ingin menjemput penyerahan anda dalam topik ‘Makna fanworks kepada saya’. Jika anda ingin menyumbang, anda boleh mengambil bahagian dengan:

  • Membuat artikel dengan pendapat anda di Twitter, Tumblr atau Facebook dan menambah hashtag #WhatFanworksMeanToMe.
  • Jika anda mempunyai banyak pendapat, anda boleh menghantar esei yang panjang sehingga 350 patah perkataan di AJK Komunikasi OTW melalui borang menghubung. Anda boleh ke hashtag tersebut untuk melihat sumbangan orang ramai, tetapi pilihan penyerahan juga akan dipaparkan di blog OTW dalam jangka masa Hari Fanworks Antarabangsa 2019. Jika anda mahu karya anda dipertimbangkan, sila pastikan bahawa ia termasuk negara tempat kediaman anda, serta nama di mana anda mahu kami menyenaraikan kerja anda.

Kami menerima penyerahan dari semua bahasa, jadi tiada alasan untuk menahan diri anda. Biarkan Fanworks menyalur bebas!

OTW adalah organisasi bukan keuntungan yang juga merupakan organisasi induk pelbagai projek termasuk AO3, Fanlore, Open Doors, TWC, and Bantuan Guaman OTW. Kami adalah organisasi yang dikendalikan oleh peminat, dan disokong sepenuhnya melalui derma serta kerja sukarelawan. Ketahui lebih lanjut mengenai kami di laman web OTW.Untuk mengetahui lebih tentang pasukan penerjemah sukarela kami yang telah menerjemahkan halaman ini, kunjungi laman Penterjemahan.